Wednesday, June 11, 2014

road-trip-to-Penang





helloooo.

dua hari amek masa nak susun gambo taw. ntah hape benda je lah yg banyak sangat. tergelak-gelak aku sambil nak susun gambo tu yg makan masa dua hari tu. okay dahhhh.

cemana nak mula ekkk. okay sebenarnya kan, ktorang memang dah lama dok plan nak pergi JJCM (Jalan-jalan Cari Makan) kat Penang memandangkan Penang sangat terkenal dengan gelaran 'syurga makanan'. so macam biasa laaa plan punya plan makan masa berbulan jugak lah sebab si diva (shahrul) tu masih study lagi.

kalau cakap pasal geng gedik, kami datang dalam pakej okay. aku, FN, atiqah, afnan, siti, rozila, shahrul dan shafik. semua perempuan ada dua orang je anak dara a.k.a diva. hahahahaha. so trip kali neh siti dengan afnan tak dapat join atas alasan yg masuk akal. so kami maafkan. sila tunggu next trip okay.

sebelum pergi tu semua pakat pakat dok gugel apa makanan paling femes kat Penang. biasa la bab makan semua orang eksaited kan? nak pulak kami memang jenis kaki makan dan langsung tak kisah kena beratur panjang, tunggu lama, bersesak untuk makan makanan yg sedap. sangat berbaloi wehhh. puassss.

so kami pon bertolak ke Penang pagi jumaat lepas. thank you to atiqah sebab susah payah carikan hotel untuk kita semua. deal dengan tuan hotel itu dan ini, sampai berkawan dengan orang yg kerja hotel kat sana. jodoh ke? haha random sangat kau neh.



 

berbekalkan nasi lemak sotong+daging yg aku buat awal-awal pagi tu makanya bergeraklah lima sekawan menuju ke Pulau Pinang Darul Awesome. awesome sebab makanannya. 

 

terus naik jambatan baru kauuuuuu. menjerit-jerit snap gambo dah macam apa. nasib dapat jugak snap gambar yg lawa. 



 

sampai je Penang hampir pukul 1 tengahari. terus pergi cek in. kami tinggal dekat sini 3hari 2malam. bilik okay dan puas hati lah. rm80 (satu malam) untuk 2 orang dan rm90(satu malam) untuk 3 orang. rm90 sebab tambah satu lagi katil so kira sangat okay dan selesa. 
setel cek in, lepas solat zuhur (jamak asar terus) bermula lah misi pertama JJCM kita. semua pakat nak lunch nasi kandar line clear yg tersangat femes tuuu. aku ingat kedai dia restoran besar ke apa sebab tiap kali gugel makanan femes kat Penang je mesti naik nama line clear neh. rupanya kedai neh di celah celah kedai orang je. tapi dia punya beratur takyah cakap lah. menitik jugak peluh jantan aku nak tunggu di tengahari rembang tuu. 



 

haiii kita dah sampai sini. 
aku selalu beranggapan kalau kedai tu best, mesti ramai orang. neh dah kalau beratur sampai ke jalan, gila tak best? 


 


nasib ittew tak makan kepala ikan taw. seksi gila kepala ikan tu ditambah pulak dengan tukang cedok nasi tuuuu. hahahaha seleraaa haku makan. 




 


aku suruh amek gambo kami dengan nasi sekali. neh apa punya pesyen dengki amek gambo sekerat neh tah. 
ohh yaaa. nak beli nasik beratur, dah dapat nasik nak makan pon kena tunggu pasal meja penuh. sadis jugak lah tengah lapar gila pegang pinggan berisi nasi kandar sambil berdiri tunggu orang makan. 



 


tapi disebabkan sedap sampai rasa terbanggg, aku terus terlupa pasal kena beratur panjang tu. 

  

finallyyyyy. mengidam sangat weh nak makan nasi kandar dengan king prawn. sedap ya ampunnn. aku taktaw nak cakap cemana dia punya sedap sebab isi udang kan manis manis gitu, ditambah pulak dengan "kari campur ehhh" yg aku selalu mintak kalau makan nasi kandar. ada la dapat 5 jenis kuah kari dia campur. mau tak bersepah pinggan. 
kesimpulannya nasi kandar line clear A plus. must try okay. 



 


misi seterusnya adalah mencari di mana street art yg orang dok kecoh amek gambar tu. ehh diva datang kot. harus lah bergambo bagai nak gila dulu kat situ. hari sabtu gerenti penuh punya. rupanya hotel kami neh dekat je dengan nasi kandar line clear, street art neh semua. tapi disebabkan kita taktaw jalan dan bawak kereta pulak, memang lama jugak lah memusing. patutlah ramai orang sewa basikal. senang nak berjalan. tapi ittew mana reti bawak kenderaan bertayar dua neh. rela jalan kaki lagi. 

okay pusing punya pusing, jumpa jugak. yeayyyyyy. 
nahhhhh ~ 





 

ehhh aleya tak takut kucing?? hahahahaha





 


paling suka, sebab tu amek gambo banyak kat sini. cecomel sangat. 



 



ingatkan takde la ramai sangat orang sebab hari jumaat kan, beratur jugak wehhh nak amek gambar. street-art-wall neh tak semua dekat tempat yg sama. kau kena jalan. ktorang park kereta dan jalan. lantak pi belemoih pon. gigih berjalan cari sampai jumpa. dah jumpa satu, nanti kau akan jumpa yg lain. banyak lagi yg jumpa, aku tak larat nak share semua gambar. ada yg aku dah tak larat nak berjalan pasal panas sangat weh masa tu. 

dah penat berjalan berpeluh sakan berpanas-panasan, haruslah mencari sesuatu untuk sejukkan tekak kan?? kebetulan aku ada kawan orang Penang yg memang nak sangat jumpa dah lamaaaa tapi tak dapat-dapat. dah alang-alang kat sana terus lah jumpa sekali. dia la yg rekemen kedai cendol sedap kuasa dua neh. Penang Famous Teow Chew Chendol. betul betul dekat area komtar dekat dengan jejantas tu. yg ini kedai, kalau korang(yg dah pernah pegi) tu mesti ada perasan cendol yg sama dijual di celah lorong tu guna basikal je. haaaa sama jugak. tapi situ klasik sikit lah, makan berdiri. omputeh aku banyak tengok try kat situ. 
aku pergi kat kedai terus senang nak jumpa orang, boleh duduk lama kan. 
 

haiii. finally jumpa jugak budak comel neh. kawan lama aku neh since aku study kolej dulu lagi. baru dapat jumpa haaaa. nama dia Wyna :) 



 


jumpa sat makan cendol pastuh semua pakat kalut nak cari jeruk padahal bukan nak balik dah pon. so alang-alang dah ada orang Penang tu, dia tunjukkan kedai jeruk yg selalu orang pergi. tak jauh pon dari situ. kena lintas jejantas pastuh jalan 10 minit dah sampai. thank you Wyna sebab datang jumpa we olls even dia duduk kat seberang. tunjuk kedai itu ini, pastuh malam tu pulak si atiqah nak jumpa kawan zaman dia study dulu jugak so wyna tunjukkan jalan. sementara tu bawak dia balik tengok bilik kami sat pasai dah nak dekat maghrib dah kan, memasing nak solat. 

yg paling drama dan sadis sekali ceritanya kat sini, dompet si wyna tercicir masa nak naik hotel kami tu. punya la ralit bersembang boleh tak perasan, aku and the geng siap dah mandi solat pesumer dah ontheway nak pi jumpa kawan atiqah tu baru sedar dompet dia takde sebab nak kena bayar tol. huwaaaa sadis gila. panik kejap semua orang. nasib la dia jenis tak simpan ic dengan lesen dalam dompet. habis punggah satu kereta kot kot terselit kat mana mana tapi takde. tak sampai hati pulak aku tengok camneh, so nak puaskan hati memasing aku ajak wyna patah balik hotel dan suruh kawan-kawan yg lain teruskan jugak plan malam tu sebab kawan si atiqah pon dah tunggu lama. berbelah bagi kejap aku masa tu. 

walaupun masa tu rasa memang tipis harapan nak jumpa dompet tu semula at least kita dah buat double triple cek lah jugak kot kot tercicir dalam hotel ke kan sebab wyna naik bilik jugak sementara tunggu kami solat. dah laaa kami dah pi seberang jambatan nuhhhhh. sedih pulak aku masa tu, kesian haaa tengok muka dia. sampai je bilik memang takde jugak. so kami buat kesimpulan yg dia tercicir dompet tu kat parking kereta masa nak naik hotel. bukan rezeki dia lah maknanya tu kan. mudah-mudahan lepas neh murah rezeki kawan aku neh. aminnn. 

so plan malam tu aku tak join dorang la, aku stay bilik je lepas wyna balik tu. kengkawan dok wasap tanya nak tapau apa, terus rasa kenyang tengok muka sedih kawan yg sorang tu. tapi dah tak berapa nak sedih bila dorang dah balik bilik tapaukan aku satay sambil kata "sebab kau takde, ktorang dah tolong amekkan gambar makanan" hahahahahahaha kelakor lah engkorang. 

penat berjalan seharian tapi nak dekat pukul 2pagi jugak baru tido bersembang itu ini. kawan aku si atiqah tu dia memang jenis suka bercerita. disebabkan aku tak join, dia tolong ceritakan semua benda yg jadi kat sana. hikhikkk cecomelss. 

_______________________________________________________ 


pukul 2pagi tido, pukul 6lebih bangun subuh pesumer, pukul 7.30 dah keluar meneruskan misi JJCM yg seterusnya. untuk hari sabtu, hari kedua. 

we olls awal awal lagi dah search breakfast femes kat Penang. roti canai transfer road. tak jauh jugak dari bilik kami. tapi kedai neh takde lah tertutup sangat macam line clear tu. tapi still di tepi tepi jalan jugak lah. thank you GPS atiqah yg menjadi pemandu utama (sebenarnya) 





 

okayy this is femes breakfast transfer road tu. betul betul tepi jalan. sambil kau makan sambil bas lori lalu kat belakang habis bergegor kerusi. tapi sedapppp. serius punya sedap. kedai neh ada 3 owner, 3 kedai. satu kedai roti canai, satu roti bakar, satu lagi air. kau takyah pergi order. kau duduk je nanti satu-satu owner datang kat kau amek order. 





dan ini dia roti canai banjirrr yg super sedap tu. kenapa aku kata sedap? pertamanya aku memang penggemar roti canai, keduanya aku tak suka makan roti canai dengan kari. aku mesti nak makan dengan dal+sambal. ketiganya aku tak suka makan roti canai kuah banjir macam neh sebab nanti roti tu lembik. aku agak terkejut jugak masa roti canai neh sampai aku ingkatkan kuah asing. tokey tu cuma datang amek order dan tanya " roti canai ayam ka daging?" pakat pakat order ayam la. sekali sampai hamekkkk kau banjiaqqqq habis. so kaitannya kat sini bila aku cuba suapan yg pertama tu, aku tak boleh cari cacat cela atau benda yg tak best dalam pinggan neh. first time aku makan roti canai berkuahkan kari, banjir habis tanpa komplen apa-apa. siap rasa nak lagiiii nak lagiiii. ooemmmgeee. amende dorang letak nehhhh 


 

dan ini roti bakar. second breakfast selepas roti canai. kihkihh. kami order 3 set, sharing sharing lah sebab takut tak habiskan. 

  

ini pon sedap jugakkk. roti tu dorang bakar dengan arang dan telur separuh masak tu perfect. festime aku makan roti dengan telur separuh masak. aku neh ada benda benda yg aku geli kenkadang. tapi bila dah try, sedap  tak hingat pulakkk. 
harga roti bakar neh sepinggan rm3, roti canai ayam tadi RM6.60. okay lahh bagi aku sebab ayam tu pon besar. 

okay dah setel breakfast bagai anak raja. plan seterusnya pada haritu adalah ke Bukit Bendera. macam biasa berpandukan GPS atiqah tapi kali neh sesat. kahkahhhh. Y GPS Y??? tapi kami tak putus asa walaupun jammed tahap tok nenek punya. tensen aku tengok kereta berlambak kalah KL weh jalan kat Penang tu. lastly jumpa jugak. boleh tahan beratur panjang jugak lah nak membeli tiket train tu. tapi selepas dah beli takde la beratur lama sangat tunggu train. 




yeayyyyyy ~ 

festime jugak naik ke puncak bukit bendera tu. banyak hahhh kau punya festime kali neh. 



permandangan dari puncak bukit bendera. subhanaAllah cantik kann. masa naik ke atas tu tak takut sangat even train tu laju, masa nak turun tu masyaAllah lemah semangat hakakk. nasib la selamat sampai, alhamdulillah. hehehe. 

ktorang turun bawah pon dah time orang lunch. so memasing dok cari lunch yg best kat Penang. ramai yg suggest pergi makan mee udang tapi jauh. kena pi seberang. macam tensen jugak lah lapar lapar tu nak pi seberang dengan jammed gitu. so kita pilih pilihan kedua selepas mee udang. antara femes menu untuk lunch. mee rebus sotong. dekat area Gurney, ada food court okaykat situ. masa memula dengar mee rebus sotong, aku dok terbayang sotong basah tu. sotong yg biasa orang buat goreng tepung tu kan. sekali masa tengah order aku ternampak sambal sotong kering. serius ahhh?? sambal sotong kering yg orang dok buat makan dengan nasik lemak je weh. hahaha. 



 


okay ini dia. sekali hamek kauuuuu. macam tak pernah jumpa je kan mee rebus letak sambal sotong kering. double likeeee. sedappppppp. yg ini aku boleh try buat kat rumah. ehem ehemmm. 
setel lunch pon dah pukul 2petang. badan pon dah belemoih, so kita semua balik bilik, mandi dan solat. rehat sekejap. 

pukul 4petang je anak dara bilik sebelah dah ketuk pintu suruh sambung berjalan. baru ingat nak lelap sat. hehehe. 
plan kita petang tu nak pergi Batu Feringghi tapi sebelum tu tolong laaa tolong laaa nak cendol semalam tu lagi. hahahahaha. nasib tak jauh sangat taww.  


 

cendol white coffee tu tolong la try kalau engkorang datang sana. sumpah terbangg. sedap gila. cendol ice cream dan ABC pon sedap.  ohhh aku tak makan ABC. tu FN punya :) 
semalam ktorang makan cendol je. harini ktorang nak try mee kari putih dan chee cheong fan pulak kat situ. masih kedai yg sama okay. payah nauuu nak menyebut nama. 

 

must try. chee cheong fan tu aku baru taw gitu rupanya. sedap wehhh. 
makan gelak, makan gelak, tak sedar dah pukul 5. motip utama nak lepak pantai batu feringghi tu sebab nak tengok sunset je. ingatkan tak jauh sangat, rupanyaa boleh tahan jauh jugak ditambah pulak dengan kereta maha dasyat punya berlambak rasa nak nanges dalam kereta. dah pukul 6.50 pon masih tak sampai lagi wehhh.tabah je laaa. dengan pasar malam hari sabtu kat situ. aku rasa kalau aku datang dengan orang yg jenis kuat bebal, mau sepanjang jalan kena membebel. 
alhamdulillah Allah tu tolong kita. Dia taw kita semua sangat cintakan keindahan ciptaanNya. kalau ikut logik akal aku masa tu memang betul betul rasa tak sempat nak tengok sunset. tapi sempat jugak. elok je kita sampai parking kereta semua tak lama lepas tu dah nampak sunset :) 

yeayyyy ~ 




 

subhanaAllah. berkali-kali aku jatuh cinta dengan keindahan ciptaanNya. kredit to atiqah okay pasal dia yg snap gambo neh. terus tukar wallpaper fon kot. sepanjang jalan dia puji gambo yg dia amek lawa. hahahaha. ala-ala cover novel gitu. 





penattttt. pergi jam, balik jam, penat wehhhhh. sampai bilik pukul 9 kot. mandi solat aku bantai tido. 
padahal malam tu dah plan nak makan nasi kandar beratur pulak. mesti pernah dengar kan?? antara yg femes jugak. sama femes dengan line clear tapi nasi kandar beratur neh start bukak pukul 10malam. so aku takde pilihan dah datang jauh neh memang kena makan malam jugak. hikhik. kawan aku dah pesan, orang start beratur dari pukul 9malam. aku pi bantai tido kul 11 baru terkial-kial nak bangun. 

ktorang jalan kaki je sebab 5minit je dari bilik tapi jadi 10minit sebab?? sebab ada diva. hahahaha. 







 

hamekkkk. nanges wehhhhh. aku dah la ngantok. punya panjang beratur. neh kat depan aku, yg belakang aku pon sama naik panjang camneh jugak. derrrr semua orang tak reti tido ke derrr. 

dekat pukul 12tengahmalam jugak la baru aku sampai ke depan tu. 




 

sebab malam neh je dapat merasa nasi kandar Penang kan, so aku bantai ayam dengan udang sekali. puasssss. segar mata, hilang ngantok, terbang lagi. sedappppp. so tak hairan kenapa orang sanggup beratur. tapi nasi kandar beratur neh tempat makan dia banyak. kau cuma perlu tabah beratur time nak membeli je. lepas tu dah boleh tenang dah. 

dekat pukul 2pagi jugak lah baru semua tido dengan tenang. esoknya seawal pagi dah bangun sebab nak kena gerak balik awal takut jamm. yelaa hari ahad kan. tapi sebelum tu sempat lagi pekena roti canai transfer road. 



 

wehhh rindu wehhhh. rasa nak bawak balik kedai yg best best neh letak kat KL. jauhnya nak pergi lagi T___T 




 


kedai makan tepi tepi jalan tu kenkadang 10kali lagi sedap dari restoran mahal mahal tu. betul. 




 


sebelum balik nak lagi beli jeruk. tak paham aku. nasib aku dah beli awal awal. tengok lah diva melintas jalan. tinggalkan aku kat belakang. hahaha. 





so kesimpulannya di sini, Penang best. pergi lah yg mana belum pergi tu. banyak lagi yg kami tak sempat nak cari. pasembur, mee udang, char kuey teow. 3 hari pon tak cukup nak cari semuanya tapi alhamdulillah dapat jugak merasa semua neh. mesti kita semua akan rindu kannn. mana nak cari cendol white coffee kat sini weh?? *nanges* 


bajet roadtrip kali neh semuanya terkawal. kami dah collect sorang RM170 untuk bilik 3hari 2malam (dua bilik), duit minyak pergi balik dan tol, masih ada lebih kita buat belanja makan sikit dan beli t-shirt untuk afnan dan siti sebab dorang tak dapat join. kahkahhh sedih tengok gambar makanan we olls kann. kesiann. 
best sebenarnya bila kumpul duit dan bahagi sama rata neh sebab kau takkan guna bajet yg banyak sangat melainkan kau membeli sakan. aku tak beli apa pon selain jeruk. t-shirt semua neh aku tak minat sangat. so aku buat kesimpulan, takde lah mahal sangat kalau nak bercuti kat Penang neh. cuma makanan tu biasa lah kenkadang kena cekik darah pasal dorang taw kita orang luar. tapi untuk setahun sekali (macam aku neh dah 5-6 tahun tak datang Penang) takde lah rasa nak berkira sangat. untuk kepuasan sendiri jugak. bila rasa sedap, automatik aku tak kesah bayar mahal pon. haaa camtuh lah cerita dia. dah boleh benti menaip dah neh rasanya. okay bye. 




p/s : punya panjang menaip naik pening sampai aku swipe screen laptop. kahkahkahkahhhh. gila mamai. k bye. 







No comments: