BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, March 15, 2012

proud of you girl







semalam keluar breakfast dengan girlfriend (dyla) sebab sebelum tuh dia ada text ajak jumpa..
bunyi macam ada benda nak bercerita.. mungkin ada masalah barangkali..
aku pon jumpa je lah even masa tuh dah mula rasa tak sedap badan..
seperti yg aku jangka memang dia ada masalah cuma dia nampak selalu yakin yg dia 'okay'..

rasa macam nak jatuh airmata aku kat situ jugak tapi kalau dah aku nanges kat situ siapa yg nak tolong dengar masalah siapa kan..
Dyla yg aku kenal neh memang tersangatlah tabah dan kuat orangnya..
kalau aku sendiri ada kat tempat dia aku rasa aku tak mampu nak jadi macam dia..
kalau ingat lagi entry aku yg dulu-dulu aku ada post pasal arwah mama Dyla yg pergi sebab kanser..
kuatnya dia hingga hari ini sebab mampu pikul tanggungjawab arwah mama dia dengan jaga 7 orang adik yg aku rasa memang punya macam-macam karenah..
paling sedih sebab adik yg paling kecil sekali baru berusia 6 tahun..

tiap kali aku pandang Dyla aku tak taw macam mana nak cakap perasaan yg aku rasa..
dia nampak sangat kuat sampai aku rasa tak mampu nak pandang dia..
kalau lah aku boleh pinjam semangat dia atau mungkin kongsi semangat aku untuk dia..
semoga Tuhan lindungi dia dan kuatkan semangatnya..
insyaAllah besar ganjaran untuk dia nanti sebab tabah lalui semua neh..



** 2 3 hari neh aku rasa sangat serabut dengan macam-macam hal dan macam-macam masalah yg aku rasa tak mampu nak bercerita dengan sesiapa.. tapi lepas jumpa Dyla aku rasa apa sangatlah masalah yg aku pikul kalau nak bandingkan dengan dia.. kadang-kadang mendengar masalah orang lain itu motivasi diri yg baik sebab kita akan sedar bukan kita je yg ada masalah kat muka bumi neh..









p/s : sebulan dua neh aku kerap demam yg dalam sehari dua tuh.. tah kenapa badan lemah pulak sekarang neh..mungkin musim jugak kot.. okay, aku demam lagi..suara takde, jadi aku tak boleh nak menjerit marah-marah orang.. korang semua jaga diri dan jaga suara.. eh? bye ~


TAIPING ~









entry main bersambung-sambung pulak kan? hehehe..
balik kampung haruslah hati senang riang dan gumbira kan?
semua tempat rasa nak pergi cuma masa je tak cukup..




mula-mula pergi kenduri dekat Ipoh.. takde gambar pon kat situ sebab eksaited makanan tersangatlah sedap..
sempat snap gambar dalam kereta kacau mak tengah tido..
nak pergi kenduri pon mak boleh pi bantai tido.. dia masuk kereta je harus kena tido..







kemain mak nak jugak senyum padahal tido tuh..



lepas je kenduri terus berdesup singgah kampung kat Taiping (lokasi dirahsiakan - menyampah tak cakap gini???) hahaha..






okay ini hero saya :)



tiba-tiba datang angin abah teringin nak menjala ikan pulak..
terus mak cakap "ehh awak tuh reti ke jala ikan??" kihkihkih..
mak memang suka cari pasal dengan abah..
abah kata "ohh hangpa gelak yeh..meh sini sumer nengok abah jala ikan"








nahhh hamek kau jahh ~







feeewitt seksinya tengok ikan dok gedik-gedik tuh..






abang aku pon poyo nak jugak.. sambil cakap "jangan lupa amek gambar abang pulak taw"..






dapat lah sekor je ikan, sampah yg bersepah.. tengok tangan dia geli geli nak pegang ikan hidup-hidup.. hahahahawau je dia neh..




petang tuh pusing pekan Kamunting cari putu mayam uncle bawah pokok tuh :)




nasib baik ada.. lepas hajat..






ini rojak sotong feveret adik aku kat pekan Kamunting tuh..




puas hati dapat balik kampung sesekali kan.. tapi still rasa tak puas jugak..hukhuk..
okay last.. haruslah ada ~






blog sendiri, update sendiri, letak gambar sendiri, amek gambar pon sendiri.. masalah ke? kihkihkih..







p/s : balik Taiping mesti rasa freedom je.. hati pon lapang.. :)


kanak-kanak sangat menyenangkan hati kan?








hello ~
minggu lepas aku balik Perak sebab ada kenduri kawen kat Ipoh..
sebelum tuh singgah Sitiawan dulu sebab dah rindu tahap kritikal dah dengan budak buncit yg sorang neh..













"hai nama teman Darwish.. yg belakang cam bonzer tuh apak teman okay.."


amacam comel tak boyfriend simpanan aku? haaaa jangan memain okay..
tujuan utama datang sini memang sebab rindukan si comel neh tapi bila sampai je rumah si comel aku jadi rambang mata sebab ramai pulak bebudak kecik yg comel lote kat situ haaa..
rasa macam nak bawak lari je anak orang neh simpan dalam poket..







si comel berambut kerinting neh kakak si Darwish comel tuh.. ini Dania :)





haha..tengok yg neh pulak.. eksaited gila haku.. ini sepupu Darwish comel..
ini Daniel.. Daniel tak boleh jalan lagi.. kena dukung je tapi Daniel tersangatlah baik..
langsung tak meragam walaupun kena gomol secara ganas dengan aku..






atototooo ~ tengok air liur dia menitik sampai kat kerusi haaa..









kihkihkih ~ tengok muka Daniel dah ngantuk pon masih maintain baik je kan?
tak penat langsung jaga budak cenggini sebab baik sangat..


bila Daniel si comel yg baik tuh dah tido, sekarang masa untuk gomol si buncit sampai lebam..







"apa buncit buncit? sensitip taw" - kata Darwish :)





"kalau berani moh ler kejor teman"






haaaaa nahhh hamek kau kena gomol!








"yes! berjaya lepaskan diri" - Darwish cakap dalam hati..






"haaa kan dah kena cucuk mata! tuh la gomol teman lagi"






"dah ler jangan ler kejor teman lagi..letih teman nak berlari.. perut pon dah lapar neh"







"nasib baik kakngah bawak bekal keropok.. nyummmnyummm~"



dapat keropok baru reti duduk diam budak neh..
hahaha.. si comel Darwish neh baru nak masuk 2 tahun dan dia sangat comel kan kan?
tengah dok main kejar-kejar dengan dia tiba-tiba dia cakap "tatak booor".. aku pon macam eh? apa benda? lepas tuh mama dia pon jawap, "Darwish cakap kakak lebor".. hahahaha.. ohh okay..
orang Perak paham lah bahasa gini.. kecik-kecik dah pekat bahasa Perak budak neh..









p/s : eh takde ke orang nak derma anak kat aku?? hukhuk.. sadisnya ayat cakap gini.. okay lah bye..


Thursday, March 8, 2012

WOMEN are amazing







Assalamualaikum..

special entry sempena Hari Wanita Sedunia..
saya tujukan khas buat semua wanita di luar sana..
motif apa tiba-tiba guna kata ganti diri 'saya'??
ehh haruslah.. cakap ala-ala wanita sejati.. mesti sopan..
okay senyum dulu dan kembali sambung menaip.. :)

buat semua wanita-wanita yg menjadi tulang belakang saya selama ini, terutamanya emak saya dan saya rasa semua orang pon akan kata emak mereka juga lah tulang belakang mereka, terima kasih yg tidak terhingga..
rakan-rakan baik saya yg sangat memahami tak tersebut di sini setiap seorang..
anda semua adalah yg terbaik buat diri ini..
saya bangga menjadi seorang wanita walaupun umur saya masih 18 tahun..

kadang-kadang saya sendiri rasa ajaib dari mana mereka (para wanita) ini mendapat kekuatan yg luar biasa.. terutamanya wanita yg bekerjaya..
siang bekerja, balik kerja masih sempat menguruskan rumahtangga, berlari sana sini masak lah mengemas rumah lah, ajar anak mengaji lah..
pernah lihat wanita yg macam neh kan? mereka bukan keturunan waris jari hantu okay..
tapi ini lah istimewanya ciptaan Allah yg bernama wanita..
saya rasa saya sendiri pon tak mampu nak jadi seperti emak saya..
boleh kata semua benda dia boleh uruskan dalam masa yg sama.. sangat amazing kan?

ramai yg sangka apa yg keluar dari mulut seorang wanita misalnya ibu itu adalah bebelan semata-mata.. rasa annoying gila lah sebab wanita neh kerja dia asal celik mata je membebel..
hingaq kata orang utara..
neh nak habaq mai sikit.. selagi seorang wanita itu membebel kepada anda maknanya dia mengambil berat tentang anda, dan jika dia mengambil berat maknanya dia sayangkan anda..
tapi kalau dia dah tak ambil berat lagi, dia pon dah tak kuasa nak membebel lagi.. kau tonggang terbalik macam mana pon dah tak bagi kesan sampai dia bosan nak bercakap maknanya rasa sayang tuh dah pudar atau mungkin dah hilang..
eh aku cakap benda betul..tak percaya pergi buat survey kat wanita sekelian.. haaaa..
tiba-tiba terkeluar 'aku' pulak.. amende tah aleya neh.. marah Cikgu Jamilah kalau baca ayat gini.. -___-

sebenarnya tinggi darjat wanita di sisi Allah.. kadang-kadang rasa malu dengan diri sendiri yg sedar atau tidak menjatuhkan darjat sendiri..
saya sedar saya bukan orang yg baik tapi saya sedang berusaha menjadi yg lebih baik supaya wanita-wanita sekelian tak malu nak mengaku saya neh wanita jugak.. (hahaha..gelinya ayat aku)
okay okay serius lah weyh.. sembang pasal wanita neh dok merapu mende..

syurga seorang wanita yg telah berkahwin terletak di bawah tapak kaki suaminya tetapi syurga seorang lelaki tidak kira sama ada berkahwin atau tidak adalah di bawah tapak kaki ibunya..
nampak tak? SubhanAllah.. saya mohon kepada semua orang termasuk diri saya sendiri, hormati dan kasihilah ibu anda semua.. walaupun ayat neh macam sesuai untuk hari ibu tapi kisah pulak kan, ibu tuh wanita hape dan semua wanita yg bakal jadi ibu suatu hari nanti.. yes yes!
kekasih kalau hilang boleh lagi kita cari ganti tapi ibu tiada ganti yeh anak-anak sekelian..

ingat pesan saya tadi yeh.. apa pesan saya???
wanita memang kuat membebel?.. eh bukan yg itu!
wanita tunjuk cara sayang dengan membebel.. kurang dia membebel maknanya kurang rasa sayang dia..
hahaha ~ padan muka korang.. okay bye :)













p/s : walaupun korang semua geli baca ayat sopan santun dengan membahasakan diri sebagai 'saya' tapi apa boleh buat.. saya sentiasa berusaha untuk jadi yg lebih baik.. kihkih..
okay SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA untuk semua wanita di muka bumi ini.. anda semua adalah golongan yg terbaik! muahhh pipi masing-masing satu kali.. selamat malam :)


Monday, March 5, 2012

she's always be my favorite
















"we are beautiful no matter what they say
yes words won't bring us down,
we are beautiful in every single way
yes words can't bring us down,
so don't you bring me down today "







p/s : it's 2012 and I'm still loving this song.. have a nice sleep..bye :)




Sunday, March 4, 2012

masak memasak di hujung minggu









bila rakan baik call kata nak datang makan kat rumah, haruslah rasa bahagia..
apa lagi bangun awal pagi (tak pernah pon bangun awal kalau hari cuti) , kemas rumah merangkap mop lantai segala bagai..
lepas tuh terus berdesup masuk dapur cari segala bahan untuk memasak.. *winkwink*










okay ini memang tips nak masak dengan pantas punya.. potong siap-siap semua bahan yg nak guna sejam awal sebelum nak masak..
rakan baik dah bagi menu awal-awal lagi.. nak pizza, siakap sweet sour, sotong goreng tepung, ayam masak kicap dan sayur campur..
okay bebeh.. here we goooo ~







okay rakan-rakan boleh check list bahan nak buat pizza kat sini yeh (klik sini)








sotong goreng tepung cik gebu yg request :)

bahan / cara :

sotong, serbuk kari, serbuk lada hitam, sedikit garam (gaul bersama telur) ..
celup sotong ke dalam (aku guna tepung jagung dan tepung gandum) bancuhan tepung dan goreng.. okay siap!






ayam masak kicap resepi mak aku.. hehe..

bahan / cara :

- ayam, garam dan kunyit.. (gaul dan goreng)
- bahan untuk blender.. cili kering dan bawang besar.. oh rahsianya di sini mak aku ajar goreng dulu cili kering tuh sebelum blender bersama bawang.. sebab tuh ada bau lain sikit..
- tumis (bawang merah,halia dan bawang putih) dan masak cili hingga garing..
- guna sikit sos cili, sikit je garam (sebab nanti tambah kicap) , gula dan kicap ( kicap masin bukan manis) okay pon dah siap.. :)






sayur campur.. benda paling senang, campak-campak 3 minit je..
semua bahan di atas (kacang buncis, carrot dan kubis) dan aku masak guna sos tiram..
okay siap :)








siakap sweet sour..

bahan / cara :

- goreng garing ikan siakap
- blender (sedikit cili kering dan cili hidup bersama bawang besar)
- tumis (bawang merah,bawang putih,halia) dan masak cili hingga garing..
- masukkan sos cili, sos tiram, sedikit sos lada hitam, sedikit garam dan gula..
- last sekali gaulkan bersama hirisan bawang besar, tomato, nenas dan carrot..
- tuangkan di atas ikan siakap tadi.. okay siap!



serius tak sampai sejam pon keletung keletang kat dapur dah boleh dancing dancing dah sambil tunggu rakan karib yg janji nak datang makan pukul 3 petang tapi sampai pukul 6 petang.. yeayy terbaik..
mula-mula nak hangin tapi tak jadi nak hangin sebab dorang makan semua sampai habis siap mintak tapau.. ahaha.. macam tuh baru cara memujuk yg betul..






kadang-kadang cuti hujung minggu bergosip dengan rakan baik kat rumah sambil makan pon nice jugak kan? hehe.. thanks for coming dear :)



tiba-tiba sebelum balik rakan baik yg sorang neh tarik tangan pastuh kasi hadiah.. ehehehe..
comel je korang.. neh pon taktik nak pujuk jugak ke? heee :D
takpe, kita memang kuat marah tapi kita marah kejap je.. :p








motif apa tetiba muka aku???
ohh tuh nampak bantal comel bentuk hati tuh?
tuh la hadiahnya.. heee ~
comel je korang neh.. terima kasih :)





p/s : terima kasih datang..cik ain dengan tunangnya, cik gebu dengan boyfriendnya, dan cik pika dengan ehem ehem nya.. ohh nice to know you pika.. jemput datang lagi :D



your day, I love you









setiap tahun dah hampir 10 ke 11 tahun tah buat perkara yg sama dan tak pernah rasa jemu..
is wishing you a "HAPPY BIRTHDAY"..
dalam macam gaya, macam bentuk tapi yg pasti mesti kena wish..
dah lama tak pos kad 'happy birthday' kat kau kan? hehe.. sorry tak sempat.. :D
semoga tahun neh err entah apa lagi tah nak wish pon tak taw..
macam biasalah semoga panjang umur dan murah rezeki..

meh sini tengok gambar birthday girl :)






the one yg sentiasa ada bila aku perlu,
the one yg tak pernah biarkan aku even masa tuh aku rasa semua orang buang aku,
the one yg tak pernah condemn salah silap aku tapi bagi nasihat sebagai panduan,
the one yg aku rasa "ehh pegi lantak lah kalau orang lain tinggal aku pon" janji dia ada,
the one yg aku rasa sangat sangat paham aku even semua orang sangka aku okay tapi dia taw bila masa I'm not..

thanks for everything since the first time we met.. :)






p/s : sorry tak sempat jumpa..nanti free kita dating okay..jangan lupa plan kita nak travel sesama hujung tahun neh.. ihikk ~