Saturday, October 29, 2016

teringin korean food pulakkk







kan dah cakap..nak layankan 'teringin' ni memang tak pernah habis. yg mana sempat nak layan tu aku layankan lah dulu. kang lama pulak nak kena pantang benda benda camneh kan.

kalau ikutkan tekak, dah lama teringat daging grill kat Gogung tu. dia punya perapan perghh syahdu je bila sumbat dalam mulut. tapi makanan kat situ agak pricey sikit so malas ahh dulu.
nanti nanti je kita pergi. hehehe. 

kali ni ktorang makan kat OISO Korean Restaurant pulak. makanan kat sini boleh tahan la harga. tak mahal pon. boleh tahan sedap jugak dan yg penting halal. 















 






  


antara makanan yg we olls order. aku lupa dah apa nama makanan ni sesatu. 
harga setiap satu set makanan tu dalam RM18 ke RM20 camtu. kira okay la kan?? set besau siap dengan nasi bagai. aku kenyang sampai ke malam. 




 

ni aku punya. 
aku order saba fish. tak saba saba aku nak makan. oh yaa dalam tu ada ikan okay. saba = mackerel. 
sup tu rasa masam masam cam asam pedas tu. penuh dengan sayur. dah tentu dia boh kimchi dalam tu. nasib la tekak aku dah boleh telan kimchi segala bagai sejak sejak duduk korea 17 hari. wahh gitew. 







 

silap besar ah duduk membelakangkan cahaya. terus gelap gambar aku macam kena sabotaj dengan ika. heh. 





 

kalau cakap pasal korean food memang dengan dorang ni je laa. dah takda orang lain lagi dah. 
ni kira dating sebelum aku jadi mak orang la ni. lepasni taktaw lagi susah ke senang ke nak dating sambil bawak baby. ataupun kena tunggu baby besor sikit baru boleh dating semula. hukhuk ~ 







 



 

I dah 7 bulan lebih masa ni. and now dah masuk 8 bulan. makin mengembang dengan jayanya. berat baby setakat ni biasa biasa aje. berat mak baby yg over naik mendadak sejak selera menjadi jadi ni. aku tengah pikir cemana nak buang lebih daripada 15kg tu nanti. hadoiii.. ni pon boleh dikategorikan sebagai 'pengorbanan' tak? kalau boleh, aku redha je lah demi nak mendapatkan teman hidup time aku tua nanti. eceehhhh. 


ramai yg tanya pasal persiapan barang baby. setakat ni alhamdulillah walaupun aku selalu rambang mata time nak beli barang baby, tapi masih boleh dikawal. takda la terbeli over sangat pon. biasa la first baby kan. benda yg festime ni semua orang akan eksaited. aku cuma beli barang2 newborn untuk dibawa ke hospital sahaja. selebihnya aku terus beli keperluan untuk baby 3 bulan ke atas. yela mak aku kata takyah beli baju newborn banyak sangat sebab baby cepat besar. nak pulak yg menyusu badan sepenuhnya. lagi cepat membesar. so untuk mengelakkan pembaziran, aku beli dalam 4 helai baju untuk siang, dan 4 helai baju untuk malam. dah setel.

barang aku je yg belum setel lagi. harap dapat setelkan dalam dua tiga minggu ni lah sebab aku dah sampai ke 7 minggu terakhir sebelum bersalin ni. kalau tanya perasaan malas nak kongsi dulu. hahaha. taknak layankan sangat dan taknak dengar sangat cakap cakap orang. bukan tak boleh dengar. dengar cukup sekadar untuk pengetahuan sebab pada aku la, lain orang lain habuannya. harap harap Allah permudahkan semua urusan aku untuk melahirkan nanti sama macam Allah permudahkan segala urusan aku sepanjang aku pregnant ni. aminnn.



nanti kalau rajin aku update seketul dua entry lagi sebelum bersalin ni k. take care muahhh ~




No comments: