Friday, September 16, 2016
Entry Hari Malaysia (tak ada kena mengena)
hai..
sejak jadi bini orang ni, masa terhad betul. entah cemana bila dah jadi seorang emak nanti.
ohh yaa..tak sampai 3 hari lagi genap la setahun aku jadi bini orang. alhamdulillah aminnn.
takda benda nak share. jalan kita berbeza. kalau nak tau cemana gaya tak cukup masa jadi bini orang tu, kawen ler lekaihh ;)
syukur alhamdulillah juga keadaan kesihatan aku semakin baik (selepas sakit teruk pada awal tahun)
rupanya ada hikmah disebalik sakit yg Allah bagi. Dia bagi sakit dulu, lepastu baru Dia bagi berita gembira. disebabkan aku ada masalah tulang belakang dan gangguan saraf, aku memang tak boleh berjalan dan tak boleh nak buat apa apa. masatu rasa macam betul betul dah give up sebab almost 4 bulan jugak tak boleh berjalan. sakit tak payah cakap la. siapa pernah sakit tulang belakang paham la apa aku rasa. duduk tak kena, baring tak kena, nak merangkak lagi la tak kena. dah la masatu baru je 3 - 4 bulan aku kawen. dugaan betul.
bila dah rasa takda harapan nak okay, aku jadi malas dah nak pikir pasal semua benda. orang dok tanya kita "dah ada isi ke belum?" "kau pregnant ke?"
aku ni haa nak duduk pon senget sebelah nak sembang pasal anak.
tahap give up tu sampai rasa bila bila masa je boleh mati sebab sebelah badan (belah kiri) macam dah takda fungsi.
tapi tu laa..Tuhan tu Maha Kaya. Dia uji sebab Dia tau tahap kuatnya kita tu cemana. tak sampai sebulan aku sihat, boleh berjalan, terus dapat berita gembira. aku sendiri pon susah nak percaya sebab aku baru je lepas balik keluar dengan FN dan Rozila. sembang heart to heart la konon.
siap cakap lagi aku memang dah tak berharap dah. malas nak layan dah siapa yg tanya aku pasal anak ke pregnant ke apa. stress sangat sebab kita sakit orang taktau pon. sambil dok membebel tu sambil cakap dah dua tiga hari aku asyik penat rasa loya mungkin sebab aku selalu lambat makan.
lepas jumpa dorang tu, borak borak, makan makan, hantar la Rozila balik. dalam kereta aku cakap kat FN. sejak kawen ni hormon aku dah gila agaknya. period tak penah betul. dah 4 kali aku beli pregnancy test (sebab period asyik lambat) tapi semuanya harapan palsu je. FN kata check je la sebab aku ada rasa pening loya semacam. aku masih rasa was was sebab aku ni nak period pon jenis loya sampai muntah kenkadang. drama sangat perangai. otw nak balik tu singgah beli kuih betul2 depan 7E. tergerak jugak la hati nak beli pregnancy test (masih berharap sebenarnya) pastu aku buat keputusan beli je lah. tapi beli yg paling murah sekali sebab rasa sakit hati plus membazir bila result -
balik rumah punya la sorok takmau bagi laki nampak. kang dia sebok nak tau result pastu bila result - dia diam je. hahaha aku ni rasa sedih sebab dah berapa kali nampak muka dia gitu tapi malas nak layan. so aku diam diam je la cek. masa tu dah rasa macam 'alahhh satu line lagi la neh' tetibe slow slow keluar dua line. lima minit aku tenung benda alah tu sambil rasa r u kiddin me?? seriouslyy...
terus rasa nak nanges jerit2 panggil laki aku. dia pon cam tak caya je yela beli benda murah ni kan so dia terus ajak pergi klinik. punya eksaited. alhamdulillah masatu dah nak masuk dua bulan pon.
macam nak tergelak whatsapp FN bagitau dia. berkat pergi beli dengan pengapit kot. terus result + hikss.
sebenarnyakann..kalau nak diikutkan aku baru nikah tak sampai 7 bulan masatu. tapi aku cukup stress dengan soalan soalan orang. mungkin sebab aku tetibe sakit and aku rasa macam takda harapan untuk aku pregnant awal. yela nak jalan pon tak boleh cemana nak bawak badan pulak kan. tapi syukur sesangat sepanjang tempoh aku bawak satu lagi nyawa ni, Allah mudahkan sangat urusan aku.
aku cuma alahan masa 4 bulan pertama je. langsung tak boleh makan lagi lagi nasik. aku cuma boleh makan kurma. bila masuk je 4 bulan lebih dan sampai sekarang (alhamdulillah dah nak masuk 7 bulan) selera makan aku bertambah tambah. semua benda boleh makan. berat pon makin naik. tapi berat baby okayy okay aje buat masa ni.
sekarang aku sedang lalui hari hari yg indah dengan perasaan yg bercampur baur tiap kali aku rasa ada sesuatu yg bergerak dalam perut ni. bila dikenangkan balik, aku sangat memahami perasaan orang yg dah bertahun tahun mencuba tapi masih belum ada rezeki untuk pregnant. sangat paham.
semoga Allah mudahkan urusan kalian jugak dan semoga akan sampai masa untuk kalian merasa apa yg aku rasa sekarang. jangan putus berdoa dan teruskan usaha ;)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment