Monday, August 18, 2014
haritu kan, bukak je blog tengok ada orang tu komen dia kata lama dia tunggu kita update blog. aloloooo ~ ada rupanya yg dok tunggu. terharu lapanbelas minit.
sebenarnya sejak laptop dah jahannam neh memang masalah jugak lah nak update blog. tujuan aku guna tab neh pon ingat nak memudahkan lah jugak untuk update blog tapi sama je. bab nak masuk gambar tu punya la azab. nak taknak memang kena tunggu laptop si ika lah. laptop sentiasa je ada sebenarnya tapi leceh jugak sebab bukan barang aku so aku malas nak pegi amek, nak bukak lagi. (banyak nauu alasan padahal duduk sebilik ngadap kpop kat laptop tak hingat) k foineee!
aku rasa zaman betul2 aku gigih update blog neh masa zaman study la. yela masatu manade instagram lagi. twitter dah ada tapi aku tak aktif. dua bendalah neh la mematikan modal aku nak update blog. mana tak nyerr, dulu asal tak puas hati gigil2 cari laptop nak taip luahan perasaan post kat blog. merapu betul Aleya masatu habis semua orang taw masalah dia.
then sejak wujudnya twitter neh, asal ada pape nak cakap sikit takyah susah payah bukak laptop, cucuk berukben, bukak blogspot bagai. takyahhhhh okay takyah. seminit je Aleya mampu meroyan dengan jayanya.
dan kalau dulu bila ada aktiviti luar, pegi sana sini, amek gambo bebanyak, pastu nanti mesti nak update cerita. dah tu pandai pulak terlupa cerita nak taip. hahahaha. sekarang sejak jadi hantu insta, lepas snap gambo "eh jap ehhh jap ehh, bagi aku post jap" nahhhh siap. semuanya dalam masa satu minit. dahnya bila balik rumah, bila free free, bila rasa nak update blog, apa je lagi modal yg aku ada kan? k salahkan instagram tu.
betul la orang kata, bila ada yg baru,yg lama dilupakan. dear baby blog ~ jangan bersedih bila kita tak update awak, bila kita biar awak bersawang lelama, kita cuma seorang wanita yg mempunyai dua tangan dan tersangatlah busy. bila ada masa kita update awak lagi hokayhh. and dear followers and readers, thank u so much sebab masih sudi singgah di sini. pernah terfikir nak close je blog neh tapi sayang. harap-harap sampai ke tua aku dapat terus merapu di sini.
okayyyy, semua orang take care. ada masa aku merepek lagi. bye.
p/s : aku berada dalam minggu minggu yg tersangatlah busy. kemungkinan hujung bulan depan baru dapat update lagi. assalamualaikum ~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment