hai jumpa lagi ~
neves lah nak buat entry kali neh ntah kenapa hahaha. aku dah start kerja macam biasa taw. so waktu aku dah mula terbatas. nak pulak aku neh cepat lupa. risau je nak bercerita panjang tapi terlupa. agak-agak aku terlupa info info penting tu mintak halal lah ek. aku kongsi mana yg aku ingat je.
okay jom..
ini adalah T-Money yg aku yer yer bercerita kat entry lepas tuu. sampai je haritu terus beli T-Money dan topup sekali. (60,000won)
kawan aku yg dah ada T-Money tu dorang terus topup 50,000won. sebab aku stay lama kan, so topup banyak terus. kalau setakat duduk seminggu takyah topup banyak. 50,000won tu tahan lama jugak sebab dah hujung2 nak balik tu baru topup lain. kau boleh guna untuk semua pengangkutan awam dan boleh topup kat mana-mana stesen subway. kalau duit dalam T-Money tu ada lebih before kau balik, jangan risau. boleh habiskan kat airport beli makanan ke apa ke. paham ehhh?
nampak tuu...naik taxi pon guna T-Money.
tempat pertama yg aku pergi (hari kedua) adalah Itaewon. yess yg ada Masjid tu. kawasan orang Islam. aku rasa macam kat situ je kawasan orang Islam. taktaw lah kalau ada dekat tempat lain. kalau ada pon mungkin tak banyak. sebabnya hari memula kami semua berdepan dengan orang orang kat sana, semuanya macam jakun nampak orang pakai tudung. lama lama aku pulak jadi jakun dengan diri sendiri. nak kata langsung takde orang pakai tudung tu, tak jugak. sebab ada je tourists dari Indonesia, Malaysia, yg bertudung.
ataupun mungkin setiap kali dorang nampak tu dorang akan pandang pelik taktaw la pulak. hari memula berjalan dah ada sorang ahjuma (makcik) tanya sambil buat gaya pegang2 kepala. konon aku paham sangat dia nak sembang apa. dia dah la tegur kita bantai cakap bahasa dia. memang aku biarkan dia cakap sensorang lah. nasib la kawan aku si Mimi tu memang reti bercakap bahasa Korea.
macam macam soalan dorang tanya sepanjang 17hari kat sana. kenapa kena pakai? tak panas ke? memang kena pakai ke? tu yg tanya okay lagi nak jawap. ada yg terus cakap "takutnyaaaa" dari jauh. hahahahaha kawan aku paham kot. sentap kejap we olls. kami neh tourist bukan terrorist. kadang rasa macam sedih pon ada bila dorang macam set dalam kepala Islam tu terrorist, menakutkan blablabla. ada yg kita senyum pon dorang buat muka takut. tapi tak semua okay tak semua. ada jugak yg nampak kita terus tegur "Muslim??"
aku cuba pikir kalau kita kat tempat dorang pon, memang tak laaa aku nak berbaik-baik dengan orang luar nak bertegur sapa kan? aku masih puji sifat dorang yg ada keinginan nak tegur kita. nak bertanya itu ini even dorang taw tak reti speak english, kita pulak tak paham bahasa dorang, tapi dorang still dok pumpang pumpang bercakap. nasib lah aku datang dengan kawan yg paham bahasa dorang. so bila ada sape sape tanya aku, laju je Mimi jawapkan. kihkih. ada je golongan bekerjaya or student yg boleh speak english. kalau jumpa orang camneh senang lah kami nak berkawan.
okay dah cukup bercerita pasal itu. nak tunjuk lokasi pertama yg aku pergi.
Masjid Itaewon.
kat sini kau boleh jumpa saudara-saudara kita dari berlainan bangsa dan negara.
tetibe ada brader ntah dari mana ntah kenkonon nak tunjuk hero la amekkan gambar ktorang sebab dok perati je ktorang cam payah nak amek gambar berempat (padahal guna monopod kottttt)
tengok laaa hasilnyaaaaaaa. tak nampak masjid dan siap ada cap jari dia lagi. hahahaha pon boleh laaaa.
aku tak lama pon kat situ sebab niat asalnya nak try makanan kat situ sebab korang akan jumpa banyak kedai makanan halal kat area Itaewon neh (mahal) tapi masa tu masih cuti Chuseok so semua kedai tutup. yg bukak pon macam 7e je. so ktorang terus ke next destination.
_____________________________________
Namsan Tower ❤

tiket cable car (return) 8,000won okayy.
kalau rajin boleh la turun naik tangga. tinggi la tapiiii. aku terus beli tiket return je sebab otot otot aku dah mula terkejut dek kerana banyaknya berjalan padahal baru pergi satu tempat masa tu -____-
locks of love ❤❤❤
I saw Exo love lock.
tu bukan aku yg lock ehhh. aku takde lock nama Exo.
sila kunci 'cinta hati' anda di sini dan akan menjadi 'cinta mati' selamanya kononnnnnnn. memang tak laaaaa. pandai taw depa neh bisnes. gila juta juta ribu lemon locks tu. aku suka tengok sebab kalerful je. aku pon kunci jugak okayyy tapi disebabkan benda neh khurafat dan maha mengarut, maka aku pon kunci benda yg mengarut je. takde la nak percaya buang masa aku je.
antara locks aku. "antara" tuuu. nampak sangat kunci banyak. tapi rahsia okay hahaha. aku siap kuncikan untuk Ika (adik aku) lagi nama nama pakwe kpop dia. hikhikkkkk
tetengah berjalan nampak orang dok pakai 'Hanbok'. free kot, ktorang mana boleh nampak benda free. selalunya nak pakai neh kena sewa (bayar laa).
festime pakai. syok part nak bergambo je lah. aku rasa kalau aku kena pakai hanbok neh bawak jenjalan mau rabak terus baju neh aku buat.
dah puas amek gambar kat situ, ktorang pon gerak balik guesthouse sebab dah petang. terasa la penat tu sebab baru hari pertama jalan kan. balik semuanya terbongkang tido, malam baru sambung jenjalan dekat area guesthouse.
___________________________________
guesthouse aku dekat dengan Dongdaemun market. jalan kaki dalam 10minit je. so boleh kata selalu lah kami ke sini sebab dekat.
guesthouse aku dekat dengan Dongdaemun market. jalan kaki dalam 10minit je. so boleh kata selalu lah kami ke sini sebab dekat.
memalam lagi meriah. macam uptown.
eskem pesyen neh banyak kat sana. tergedik-gedik la nak beli padahal tak sedap mana pon. hahaha. rasa macam eskem biasa je. tapi okayy laaaaa first and last aku beli.
hari pertama jalan pon aku dah shopping souvenir. kau mampu? padahal ada lagi 15hari tu.
tapi kalau korang nak jumpa sudu+chopstick yg murah dekat area sini (dongdaemun). harga lebih kurang je tapi sudu+chopstick tu banyak yg mahal kalau kat tempat lain. niat kenkonon nak survey je tapi aku terbeli terus -__-
next entry aku bawak korang pergi Myeondong. situ tempat femes orang shopping dan bahaya untuk orang macam aku. next entry okayyy next entry :)
p/s : jumpa lagi ~
No comments:
Post a Comment