Sunday, March 27, 2016

tips gubahan hantaran dan persiapan perkahwinan






ajet ajet je aku nak bagi tips. tak berapa nak tips sangat lah tapi boleh la kalau nak dibuat rujukan atau panduan utk kemudian hari. wahh gittew.
aku pon tak pandai sebenarnya tapi aku banyak search gambar gambar gubahan terkini. aku cari yg paling simple tapi nice.




proses menggubah. 
menggubah ke??? 




 

tak berapa nak gubah sangat la kan. 
okay first aku pilih shape apa yg aku nak. aku decided nak pilih petak sebab aku memang nak buat keje paling mudah malas guna otak. awal2 lagi aku dah plan nak letak bunga kat satu bucu sahaja. 
so jalan mudah aku pilih base tu bentuk petak. 

bulat ada, love ada. macam2 ada. oh ya kau jangan taktaw pulak base tu daripada gabus yeh. sebiji tu dalam RM2 kot. lagi nipis lagi murah tapi aku pilih yg tebal sikit sebab aku kasar. nipis2 kang semua hancur tak jadi mende. aku beli semuanya dekat Nilai. sekali je pegi terus sambar barang yg ada dalam list (jangan lupa buat list dulu) 
dan dengan over konfiden nyer aku amek 9 ngam ngam base tu. tak amek lebih pon sebab aku memang yakin mesti jadi. kalau tak jadi pon aku tonyoh sampai jadi. 

setel pilih gabus tu aku pilih pulak kain utk balut. mesti kena ada kain atau apa2 je lah yg kau boleh balut gabus tu. tak boleh pakai letak gitu aje.  pastu jangan lupa amek renda yg sesuai dengan tema. alaa lace utk tutup keliling base tu supaya nampak lagi kemas dan cantik. 








   



haa camneh. nampakkk.. aku pilih lace kaler gold. 
last sekali part yg paling susah nak buat keputusan. part pilih bunga. aku awal2 lagi dah tulis dalam list takleh amek lebih dari 3 jenis bunga. mesti ada satu kuntum bunga yg besar kiranya 'ibu bunga' la dalam tu. yeke ibu?? sesuka hati aku je bagi pangkat kat bunga. dan mesti ada bunga yg kecik2 utk seimbangkan gubahan tu. so aku pilih bunga ros merah hati sebagai ibu bunga. pastu bunga yg kecik2 tu warna putih. tetibe aku teringat yg tema aku putih and soft purple. then aku decided utk amek bunga daisy kaler purple lembut utk memenuhi tema aku and of kos la mencantikkan lagi gubahan neh. 







  






 



paling senang dan paling simple nak buat neh. first amek gabus kau bungkus kemas ketat padat dengan kain guna hot glue gun. then kau tampal lace keliling tu supaya nampak kemas. pastu potong setiap bunga yg kau pilih. potong jangan pendek sangat okay. batang bunga tu kena ada jugak sebab nanti kau nak cucuk kat gabus. aku tak tampal bunga okayy. aku cucuk je. senang. sebab bekas neh sesapa nak guna nanti boleh ganti je bunga lain. 

memula aku cucuk bunga ros dulu kat tengah bucu tu. sebab dia setangkai je. pastu aku kerat bunga kecik2 tu dua tangkai. setangai cucuk belah kiri setangkai lagi belah kanan. last sekali tutup segala ruang kat situ dengan bunga daisy purple tu. ada la dalam tiga tangkai utk setiap bekas. aku tak guna banyak bunga sebab aku cuma hias kat hujung2 bucu tu je. 

senang kan?? save bajet bunga sebab bunga mahal Kak Ton oiii. 




 




 



barang2 yg letak atas tu semuanya aku letak gitu je. tak perlu beria sangat. cuma kalau kain tu lipat kemas2 pastu selit la riben ke apa. dah siap. 



and kalau benda yg kau perlu stand macam Al-Quran dan sling bag tu pepandai la buat stand sendiri. aku guna gabus jugak. lekat atas tu jadikan stand. paham ehh.. 





  


 


  



 



 



haaa tu dia gegirls kita. omey omey belaka. 




kalau nak bercerita pasal persiapan perkahwinan neh sebenarnya ramai yg berpesan rancang dari awal. siap ada checklist 6 bulan sebelum majlis, 3 bulan sebelum majlis sampai la sehari sebelum majlis. kemain kalau kau nak follow satu satu. sebab biasanya utk majlis besar camneh kau plan la awal cemana pon pasti ada unexpected things happen. takda apa yg aku nak pesan sebab aku pon baru kawen sekali neh je. 

persiapan awal itu sangat bagus tapi sila persiapkan fizikal dan mental juga. kalau nak sembang pasal unexpected things neh sakit jiwa rasanya. time nak kawen tu la ada orang tipu duit aku la, yg  situ nak buat hal yg sini buat pasal. Ya Allah banyak sungguh syaithoon. sebab aku taknak stress so aku buat keputusan utk tak guna otak. malas serabut. dah habis majlis baru aku pikir satu persatu balik dan sampai sekarang bila dah rasa waras sikit rupanya banyak benda yg masih boleh diubah pada masa tu laaa.. tapi sebab kita yg nak kawen kan. nak pikir apa.. kusut kalau dok memikir je.  


apa pon yg penting majlis selesai. dan syukur alhamdulillah di saat saat kita serabut kusut masai pon Allah hantarkan jugak insan insan utk jadi penyelamat. thank you Allah. thank you semua :) 



okay bye ~






No comments: