punya lama plan nak berkumpul sama-sama. finally......*nanges terharu jap*
okay, kawan ada macam-macam jenis kawan. ramai. tapi sepanjang 3 tahun aku di Kuantan dulu (time diploma), memang pape hal pon kami kongsi berlima.
daripada hal sekecik alam, sampai la sebesar masalah, memang dah biasa bersama. alhamdulillah tak terputus macam tu je even memasing dah bawak haluan memasing lepas habis study. ain dah kawen, umi dan gebu dah kerja. tapi dorang semua dah kerja dalam area KL jugak. cuma syida sorang je yg jauh. syida sambung degree kat kelantan pulak. memang sangat susah nak jumpa lah. yg duduk KL neh pon bunyi macam dekat tapi bertahun jugak tak jumpa. paham je lah semua dah ada tugas memasing. kiranya kita berlima rindu dalam diam gituw je lah. haaaa nampak drama tu.
jumpa neh pon sebenarnya langsung tak puas. 2 hari 1 malam mana nak puas nak bandingkan dengan 3 tahun aku hadap muka dorang pagi petang siang malam. apapun syukur lah diberi peluang untuk kongsi masa. sebab tu kami semua buat keputusan taknak habiskan masa di luar. biasanya kalau aku jumpa yg lain neh selalu jumpa kat shopping mall, tengok movie, makan makan. seronok tapi masa tu rasa singkat. fokus banyak terganggu kalau dah start ajak aku shopping.
so alang-alang dah dapat peluang macam neh, kami habiskan masa kat rumah ain je memandangkan suami ain takde......elok sangat ler tu kan :D
umi jadi driver amek 'anak-anak' mengada dia neh, sebelum kami semua pergi beli barang dapur sebab nak main masak-masak kat rumah ain nanti.
ohh yaa. syida tu datang dari jauh tu. sampai jugak akhirnya kan. penat we olls tunggu taw.
bila last kita beli barang dapur sama-sama??
punya eksaited macam orang gila, dengan nak beli barang, dengan nak amek gambar.
hahahaha. nasib lahhh.
kemain semangat beli ayam, ikan, sotong, sayur. aku memang tamak kalau bab beli barang dapur neh.
yeayyy finally dapat makan berlima. aku tak larat nak cerita apa yg jadi dalam proses memasak.
2 hari tak habis menaip kalau nak cerita semua. hehehe.
mari makan. lepas makan ain campak bantal depan tv. gila tak bahagia lepas makan baring tengok tv sambil bergosip? kalau keluar melepak pon tak dapat macam neh okay. dah la rumah ain redup, sejuk jeee.
dah penat mulut bercerita itu ini, masa untuk 'minum petang'. hahaha minum petang la sangat. padahal tibai air kosong je sambil makan tiramisu. oh yaa tiramisu tu aku buat siap siap dari rumah sebab umi dah lama sebut nak makan tiramisu.
lepas makan sambung bergosip sesi kedua sambil baring depan tv. kalau seminggu bercuti cenggini, lepas makan, baring, lepas tu makan lepas tu baring, aku taktaw lah aku jadi apa. hahahaha.
tengah baring tetibe rasa nak main snap snap gambar memandangkan kami neh payah sungguh nak dapat gambar berlima. berterabur semua capai tuala tutup rambut, lastly aku dapat kain batik si gebu. hahaha muka aku paling 'bibik' kat situ sebab kain batik atas kepala. pon bolehhhhh >____<
time jumpa gelak gelak sampai tak ingat nak berpisah pulak lepas tu. sedih sebenarnya tapi sebab nak cover hensem aku memang takkan nanges dulu, cuma jangan ada sesiapa yg start nanges dulu lah. kalau ada yg start memang aku follow dengan jayanya. hahahahaha.
dah agak dah memang syida yg start emosi dulu. hehehe. jangan sedih korang semua.
jauh mana pon kita tercampak, yg penting hati kita selalu dekat. kali neh takde drama drama, cakap serius okay.
panjang umur jumpa lagi. mohon jaga diri. aku sayang korang sampai mati.
pantun 3 kerat cenggini laku tak? hiksss
p/s : 7 golongan, Allah akan menaungi mereka pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya. salah satu daripada mereka adalah : Dua insan yang berkasih sayang kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah.
maka redha lah kita semua dan berdoa semoga dapat bertemu kembali.
No comments:
Post a Comment