Tuesday, February 11, 2014

antara adat, trend dan wajib.







hai..
tahniah untuk kawan-kawan yg baru mendirikan rumahtangga pada 1 Feb yg lepas. pada hari yg sama 3 orang kawan aku kawen. semua aku tak dapat nak pergi sebab abang aku bertunang pada hari yg sama jugak. iyeeee abang aku. dah tak payah ramai-ramai buat perangai call aku tanya macam macam. konon aku yg bertunang. ikut hati aku nak biarkan je orang percaya. pakat ramai-ramai wish "tahniah aleya" hahahahaha. tapi mengenangkan jatuh pulak saham nanti, tak jadi aku nak menipu.

cerita pasal tunang, kawen dan benda benda yg berkaitan dengannya neh, aku selalu perhati rata-rata kita (masyarakat kita) terlebih-lebih mengikut adat dan trend masa kini. selalunya family belah perempuan laaaa. anak orang depan tu kawen pasang khemah lapan, anak dia nanti nak kena dua belas. baru tak malu. neh masalah dia. malu tak kena tempat. malu dengan benda yg tah pape. anak tak kawen kawen dok ke hulu hilir tak malu pulak. anak nak kawen tapi majlis sederhana dia boleh pulak malu.

cerita benda betul. neh la masyarakat kita. sebenarnya orang kita neh memang jenis dia suka bercakap, suka mengata. kau buat majlis kecik orang kata, kau buat majlis besar sangat pon orang mengata, kau nikah gantung lagi la kena kata. tapi lama mana la sangat pon nak mengata. paling lama pon sebulan. paling kejap seminggu. dah habis modal mengata anak orang neh, mengata anak orang lain pulak. disebabkan nak elak anak-anak kena mengata, tu sebab kebanyakkan mak bapak buat majlis anak kawen sebab nak tutup mulut orang. kalau anak dia kata "tak payah la buat besar sangat, simple simple sudah lerrrr". kang mak dia jawap "mana boleh simpleee. kau tak nampak anak si timah tu??! 3 hari 3 malam kenduri siap karaoke lagi. MANA MAK NAK LETAK MUKA NANTI KALAU @#$%^&*(*&%$#$*85 "

sebenarnya majlis besar ke simple ke semuanya terletak pada kemampuan yg nak kawen tu sendiri. untung la kau kalau dapat kawen dengan laki kaya boleh buat majlis 7 hari tak henti henti. neh yg kalau dapat jodoh dengan orang kerja kilang?? mak bapak mintak hantaran 18K pulak. tak bergadai tanah budak tu nak kawen?? anak awak tu perempuan jugak, makan pakai tangan jugak, kot special sangat macam bidadari kayangan takpe lah kan. esok lusa gaduh laki bini habis kena ungkit semua benda. neh bukan pengaruh drama hokayyy. neh realiti. even aku sendiri perempuan tapi aku tak penah setuju dengan segelintir mak bapak yg macam neh.

sedia maklum kita semua paham zaman sekarang takde benda yg murah. semuanya mahal. nak kencing pon RM2 neh kan pulak nak kawen buat majlis segala bagai. dah taw semua benda mahal, dah kau tak reti reti pulak nak bantu lelaki tu. kawen nak tapi semua nak orang sediakan pon payah jugak. jangan dari awal jadi perempuan yg suka susahkan orang. kalau agak-agak family kau jenis tak reti tolak ansur, diletaknya jugak hantaran 18K takmau kurang 20sen pon kalau kurang jugak BATAL majlis, kau pon cerdik lah sikit. iye kan je lah depan family tu, tapi belakang family kau bantu lah 6K-7K ke takde dosanya pon. nanti yg nak pakai cantik cantik tu kau jugak, yg nak bersalin baju 7 8 helai pon kau jugak. aku rasa pengantin lelaki neh kalau kau suruh dia pakai baju melayu dengan sampin tu berulang kali pon dia takde hal punya.

benda kecik yg nampak remeh neh la yg banyak guna duit sebenarnya. macam catering tu tak boleh nak kata apa lah sebab aku sendiri yg buat catering neh pon kenkadang tak sampai hati nak letak harga kat orang. bahan mentah mahal, kita nak jual mahal tapi gaji orang tak naik naik jugak. so how?? kalau kita duduk dalam kalangan orang kampung yg masih mengamalkan gotong-royong neh takpe. dah kalau duduk kawasan taman neh memang takdenya lahh. buat majlis pon kena kat dewan. sewa dewan lagi. pepandai la kau buat list siap-siap. benda yg memang perlu keluarkan duit tu kena la keluarkan. catering, dewan tu semua benda perlu. takleh nak elak.

macam benda-benda yg boleh kita elak atau ubah neh aku bagi contoh ehhhh. macam pelamin (tunang/nikah), gubahan barang hantaran. benda neh nampak remeh tapi kalau kau bebal, memang beribu habis duit kat sini je. aku pergi tanya kedai untuk buat gubahan hantaran, kedai tu amek satu dulang RM50. RM50 SATU DULANG OKAY. kalau kau ada 8 dulang?? kira sendiri aku lemah matematik. padahal kalau pergi beli barang-barang untuk buat gubahan dan kita gubah sendiri, RM50 tu boleh buat untuk semua hantaran. aku pon tak paham cemana orang boleh hantar kat kedai tu.
tapi takleh nak kata jugak sebab tu bisnes dia. rezeki dia. cara dia cari makan. kalau semua orang takmau hantar kat dia habis lah lingkup pulak bisnes dia kan. ada orang mampu dan tak punya banyak masa untuk buat, so hantar je lah. takde salahnya pon. aku cakap bagi pihak yg cuba nak save bajet.

pelamin pulak. biasanya tunang atau nikah orang panggil mini pelamin kan. sewa mini pelamin tu paling sikit kau kena ada bajet RM500. tapi bagi golongan yg nak save bajet biasanya dorang buat sendiri je pelamin neh. online benda merapu rajin, jangan malas sangat nak gugel benda gini. yg nak kawen tu dah boleh pikir nak design cemana. beli sendiri barang, hias sendiri. jimat pon jimat. kalau banyak duit takpeeeeee. tempah je.


aku share sikit gubahan barang hantaran yg aku buat untuk majlis abang aku haritu.




 

burung dua ekor tu baru RM7 kalau tak silap. kain net tu beli banyak banyak. ikut tema kuning. bape ringgit tah aku lupa. dulang tu RM12 kalau tak silap. dulang tu beli sekali boleh guna sampai reput. jangan bebal sangat pi campak merata lepas dah guna. boleh guna turun temurun tu. 



 

buah-buahan neh alhamdulillah ada orang sponser. sekali dengan bakul dapat. bakul handmade guna kertas surat khabar je. Makcik Siti aku memang kreatif. kalau pergi rumah dia semua benda segala bagai pasu la tempat letak lampu la semua dia buat guna kertas surat khabar neh. ini dah memang bakat dia kan. so orang memberi kita berterima kasih laaa. 



 

yg ini aku cuma tambah renda dan riben. tak perlu hias dah. 



 

haaa neh satu lagi adat orang melayu. sirih junjung. kalau ikut hati aku haritu aku taknak je buat tapi mak aku bising. hahahaha. apa benda laaa baik letak handbag boleh jugak guna. k fineeee. 
susun susun je pastu hias dengan bunga hidup. bunga hidup pon murah je, RM2.50 setangkai, ada la dalam 5 kuntum bunga. 




 

okay telekung neh aku pakai lipat je kenkonon nak buat kebaya. pon boleh laaaa. rama-rama dua ekor tu tak sampai RM5 kalau tak silap. 




 

coklat neh aku buat macam bakul. ada tangkai kat tengah-tengah tu. sekali sampai je Makcik Siti habis dia cucuk segala bunga hidup lebihan buat sirih junjung kat tengah tu. tak elok membazir katanya. 



 

yg neh baju dan seluar (palazo). yg biru tu palazo. aku balut dekat bakul. bakul tu memang dah ada kat rumah. baju tu sumbat dengan surat khabar jadi la macam buah dalam bakul. hias dengan bunga plastik. 


gubahan barang hantaran neh lawa ke tak belakang cerita asalkan ada. kau belit semangat pon nanti orang kena bukak jugak. okayyy setel pasal hantaran. setel membebel. penatnyaaa entry kali neh. hahahahaha. 
bukan apa, kenkadang stress dengar cerita orang nak kawen neh. macam banyak yg menyusahkan daripada yg menyenangkan. mana yg boleh dipermudahkan tu jangan la menyulitkan keadaan pulak. dengar la cakap aku nehhhh yg dah 7 kali kawen hahahahahahaahahahahahahaa. 

walaupun aku tak rasa nak kawen lagi, tapi bakal suami sila jangan risau. saya akan bantu mana yg mampu. tapi engkorang yg perempuan neh kena beringat jugak, bantu tu perlu tapi jangan melebih. kenkadang dorang neh kalau dari awal kita dah tunjuk sangat semuanya kita boleh bantu dorang pon naik kepala. pada aku laa, bantu tu perlu sebab sama-sama nak kawen. tapi dia lelaki, dia ketua, dia yg nak memimpin nanti, so dia perlu lebih, sebab apa dari situ dah boleh nampak dia jenis yg macam mana. kalau dari awal semua benda dia merungut susah, tak mustahil nanti segala bagai masalah pon dia tak reti handle. 

ohhhh good luck untuk abang aku yg kena sediakan 15K seorang diri tanpa bantuan tu. kahkahkahkahhhh. aku doakan semoga dipermudahkan segalanya dan dimurahkan rezeki kau. cepat sikit kawen. bercinta dah 9 tahun, aku pon naik meluat. heh. 






p/s : buat buah hati kita yg macam panik bila boyfriend dia tetiba ajak kawen tuuu, dont worry baby....I ada untuk bantu mana yg perlu. hehehe. 





No comments: