Friday, October 3, 2014

Trip to Korea (part 4)







hai..

kali neh nak bawak korang semua tengok pompuan psiko. kahkah. dulu kan aku selalu kata pompuan yg dok tunggu tunggu retis tu semuanya psiko. sekali hamek kau dengan aku sekali jadi psiko.
seawal pagi bangun semata-mata nak melawat SM ent, CUBE, and JYP (only kpop fans know this)

padahal bukan boleh masuk ponnnn. dok kat luar bangunan gelap tu dengan harapan oppa oppa kau lalu situ. memang tak aaaaa dorang nak masuk ikut pintu depan, kau ingat aku sorang ke psiko kat situ? aku rasa aku la paling awal pegi, rupanya ada lagi awal siap breakfast depan tu. auwww seronoknya ramai yg psiko rupanya. hikhik ^__^




   


YG tu aku pergi hari lain sebab YG je jauh dari yg lain. yg lain tu dekat dekat je. 







kau nampakkkk kereta dekat SM ent neh semua kalau boleh nak 'berkabung'. memang haram la aku nak nampak muka retis dorang *insert sad face here* 




 


jenuh aku dok posing, kuang lentang depan tu, sekor pon tak nampak. hahahaha 2jam aku tunggu dalam keadaan gini tapi okay laa tak sedih pon. alang2 tu boleh exercise sekali. sebab Donghae oppa poyo taknak keluar, setelah 2jam yg hampa, aku pon berlalu pergi ke Cube Cafe pulak cari Gikwang hikhikkkkk :D 









ahjumma (makcik) neh la yg aku cite tu. masa aku dok tunggu depan SM ent,dia lalu tetibe pegang2 kepala kita dok kata yeppoo yeppo (pretty) pastu sambung cakap bahasa dia. aku paham yeppo je. tengah dok bagi perhatian dia bercakap (mimi layan sebab mimi paham) sekali dia bawak keluar pisau. kau rasa??aku dah la tak paham dia cakap apa. aku dengan Mira dah ready nak lari dah. agak ahh makcik nak samun aku ke apa, rupanya nak kupaskan buah bagi kita makan. beria dia bahagi sebiji buah tu. comelnyaaaaaa. lepas bagi kita makan terus dia pergi camtu je. 





 


selepas 2jam depan SM ent tadi, ktorang ke Cube Cafe pulak. Cube ent neh cam best laa dari yg lain sebab dorang ada cafe. so pompuan2 psiko cam aku neh boleh la berkampung dalam cafe sambil menaruh harapan Gikwang akan lalu. hehe :) 

kalau nak komen pasal menu kat sini aku rasa sedap. harga pon standard harga cafe cafe kat sini. tak mahal pon. ada yg lagi mahal dari neh. so boleh la korang yg kemaruk kpop tu kalau datang lepak sini. makan sambil dengar lagu lagu dorang. best. 




 

 

sempat aku tinggalkan 'kasih sayang' aku utkmu. "love from Malaysia" hehehe. 






  


kat JYP tu takde apa pon. takde tempat nak lepak melainkan dunkin donuts kot kat depan tu. aku lupa dah tapi donut laaa. 

JYP dengan Cube sangat dekat. korang akan jumpa JYP dulu baru Cube. 
dari pagi sampai ke petang jadi pompuan psiko tak larat dah aku nak tunggu. petang tu terus gerak ke Hongdae pulak. 



  



Hongdae (Hongik Uni) neh makin meriah bila malam. sama jugak macam Dongdaemun, ada night market camtu laaa. tapi kat sini double triple sesak sebab kiri kanan atas bawah pub. 
kalau naik subway turun dekat Hongik lah okayyy, Hongdae takde dalam map pon. 




 



ini lah misi sebenarnya ktorang datang Hongdae. bukan nak cuci mata cari jodoh (sebab ramai gila sepetss, student maybe) tak kose makkk cari jodoh kawasan gini. 

cerita awalnya ktorang sesat taw. bukan sesat apa, macam yg aku kata kalau kita naik subway line yg betul tapi kita salah exit pon boleh jadi sesat. memula dah salah exit, satu hal. lepastu ingat dekat la kan....pi bantai jalan sampai dah kemana ntah mati akal terus tahan teksi. kau ingat pakcik teksi taw pasal hello kitty cafe?? dia kata dia dah tua, kalau dia nak minum kopi memang takkan datang pon cafe kucing camneh. FINE pakcik FINE. 

pakcik yg memula tu dah bawak ktorang turun naik bukit ntah kat mana. last2 tahan teksi lagi sekali suro hantar kita ke stesen subway tu balik. cari sendiri sampai jumpa. phewwww. Hello Kitty Cafe neh memang betul2 dekat Hongdae night market tu lahh. kau jalan je nanti kau nampak watson. dekat area watson tu. 




 

nak komen satu je, jangan beli cake tu. beli yg lain takpe. 




 





 


Mimi tak suka Kitty pinky poyooo la tak perempuan betul. aku dengan Mira dalam toilet pon jadi. comelsssnyer toilet rasa nak tido dalam tu. 









     





_____________________________________________________ 



The Next Day 







 


macam neh keadaan tetiap hari bila orang dah start kerja. memang harapan lah nak duduk dalam subway. selalu nampak oppa oppa army naik subway. mesti nak curi2 pandang mana nak taw Joongki oppa ke hewwhewww berangan. aku rasa semua orang taw kot yg dorang neh (lelaki) kalau dah cukup je umur mesti kena join military termasuk lah retis. take care Joongki oppa jangan tembak merata pulak. next year dah boleh keluar heee :D






 


nampak King Sejong kat belakang?? okay harini ktorang ke Gwanghwamun Square melawat King Sejong. yg belakang tu Gyeongbokgung Palace. aku amek gambar dari luar je sebab haritu dah masuk Palace jugak kan. taktaw la ada berapa banyak Palace kat sini. tapi ini antara yg femes. 





 


suasana sesak masa tu ditambah pulak dengan orang tunjuk perasaan kat situ. kes feri karam kat Jeju tu kan. family2 mangsa yg masih tak jumpa tu berkampung kat situ tunjuk perasaan. aku dah termasuk macam susah pulak nak keluar. so aku tengok2 lah mana yg patut. 





pastu dapat lagi pakai 'hanbok' free. hehehe seronoknya rezeki datang jauh jauh neh kan. pakai 'hanbok' tetengah bandar tu haaa peduli pulak aku, asalkan free. hehehehe. 

masa nak balik petang tu tetibe nampak Cik Epal dengan suami dia tengah jenjalan kat sini (ehh ngko kalau rajin baca blog mesti kenal dia) punya la kecik KL tu tak pernah aku terserempak. kat tetengah Seoul tu jugak boleh terjumpa. sebab too many sepets masatu kan, aku sempat cakap "hai Cik Epallll" dia pon balas "haiiiiiii" tapi dia blur sebenarnya. dia mana kenal aku, aku je kenal dia pasal dok baca blog dia dulu dulu. 

okay dahhh habis cerita harini. menaip macam neh rasa macam tengah jenjalan kat Seoul lagi. rinduuuu ~ 





p/s : sebab ramai yg tanya pasal makanan itu makanan ini, kedai itu kedai ini, so next entry aku update pasal makanan kat sana. jumpa next entry, bye. 






No comments: