Saturday, October 4, 2014

Trip to Korea - it's all about food (part 5)







hai ~


untuk entry entry yg lepas aku ada kata yg aku pergi sana (Korea) banyak save duit sebab masak dalam guesthouse. untuk yg datang sekejap tu terpulang kalau korang nak makan kat luar tetiap hari. apa yg aku boleh kata, nak cari kedai yg halal tu agak susah. kalau korang baru festime datang macam aku neh, lepas tu buta huruf pulak memang masalah utama kat sana. better korang datang dengan kawan yg dah taw, atau kalau ada kawan yg study sana mintak dia tolong tunjukkan mana kedai yg boleh makan. pastu kau pegi makan kedai yg sama berulang kali macam aku hahahaha.

sebenarnya aku tak suka Korean Food pon. sebab tu masa ktorang plan pasal nak masak je aku rasa lega sikit. at least takde la aku kena telan kimchi tiap hari. kimchi sampai sekarang aku tetap tak suka. makanan yg lain tu banyak jugak la yg sedap. okay cerita pasal masak dalam guesthouse tu ehhh. Mira bawak rice cooker. so segala bagai makanan tin ktorang bawak. kalau korang nak jimat space dalam bag, korang bawak makanan tin pon dah okay. kat guesthouse ada jual nasi dalam bekas cuma kena panaskan je. satu bekas kecik tu 1,000won. nasi korean style la okayy. yg lembik tu. heee :D





  


nampakkk. kau rasa kicap tu sape bawak? dah tentu la aku. hahahaha. gila orang melayu kalau tak dapat kicap. mau gagap aku nak bercakap lepas neh. sardin tin tu sorang bawak dekat 3 tin, kau bayangkan lah berapa. biar lebih jangan tak cukup, tu konsep aku. yelaa nak stay 17hari weh. aku takleh berpikir kalau lapar lapar neh. masak sardin dalam bilik siap tumis bawang tak menahan tu. hahahahaha. boleh kata tetiap hari jugak masak. ada hari yg ktorang makan kat luar time lunch tapi balik bilik malam tu dah lapar pulak. so kena masak jugak. bab masak aku tak kesah pon kena masak tetiap hari. Mira dengan Mimi tukang basuh pinggan dan kemas (good, aku tak suka berkemas) 





spaghetti pon aku bawak wehh, jaga selera betul. 

nak buat spaghetti goreng mamak sebenarnya tapi beli telur 3 kali, 3 kali salah. we olls dah taktaw nak beli telur yg belum masak kat mana. asal beli je mesti dapat telur rebus. lastly buat spaghetti takde telur. kebulur punya pasal masak apa pon licin. hehehehe.

antara makanan yg ktorang bawak, beras, maggi, makanan dalam tin, spaghetti, biskut, sos, kicap, garam gula pon aku tibai bawak. hahaha. selagi bag muat, semuanya ktorang sumbat makanan. tapi beras tu tak dapat bawak banyak lah, Mira bawak sikit, aku bawak sikit tu pon bag berat.   




 

ktorang siap pergi beli beras lagi. tapi beras orang Korea kan, sukat air paling sikit pon nasi tetap lembik jugak. macam nasi sushi tu.  Lotte Mart banyak jual barang2 dapur neh. 





______________________________________________________





Gosami Grilled Fish



kedai makan best neh dekat area Sinchon. Line 2, exit 1 (Mimi, Mira, betulkan aku kalau aku salah)
kedai neh kecik je tapi sentiasa penuhh. 2 kali datang lunch kat sini. kali keduanya datang dengan Jay Oppa ( si sepet yg nak berkawan masa kat Palace tu ) dia belanja ktorang lunch mesti la nak kan.


makanan kat sini sedappp, aku suka tu yg boleh datang 2 kali tu. pada yg bertanya selamat ke tak nak makan kat sini apa yg boleh aku kata memang ramai orang Malaysia datang makan sini. aku ada nampak Cik Epal update dia makan kat sini jugak hehehehe. yg femes ikan makarel bakar and sotong pedas berasap tuu serius sedap. kali kedua datang sampai 2 pinggan order sotong. kalau yg masih rasa was was tu aku tak reti nak cakap apa lah. kalau was was better jangan makan.

kalau benda tu halal pon tapi kita rasa was was, dah jadi 'tak halal' untuk kita. senang cerita bila kita jalan jauh dengan kedai makanan halal susah nak jumpa, bila jumpa kedai yg ramaiiii orang Melayu Islam datang makan, kita pon dah tanya taukey kedai tu dia masak guna minyak apa blablabla semua, yakin je lah. kalau semua benda kita was was teruk sangat, memang kena bawak makanan dari Malaysia jangan makan kat luar. senang.





 

spicy squid idaman kalbuuuuuu




  



  


sedapppppp. semuanya sedappppp. neh kalau mengidam tetibe cemana nak buat ntahhhh :( 





  

best rupanya makan camneh. 



_____________________________________________________



Chungmu Kimbap - Myeondong



 

aku dimaklumkan ini pon antara makanan yg kita boleh makan. sebab menunya adalah nasi dan sotong tu je. dekat area Myeondong tapi aku lupa kedai kat mana. ahh takpe, korang jalan cari sampai jumpa. ada 2 kedai kalau tak silap. boleh tahan sedap, sotong tu pedas jugak tapi Gosami tetap win. hehehehe :D  





_________________________________________



Hotteok (Korean Pancake) 


 


street food yg menjadi kegilaan aku kat sana. sepanjang 17hari tu aku taktaw dah berapa puluh 'hotteok' aku bedal. harga 1,000won. ada yg 800won. sedapp wehhhh. ada yg filling brown sugar+walnut. ada yg filling read beans, yg nampak macam sayur tu japchae. semua sedap. semua aku suka. jangan risau dorang biasa goreng guna minyak sunflower. 



rindunyaaa nak lagi!! 










cerita pasal street food kan, sana memang bersepah kiri kanan ada je orang jual itu ini. dah tentu la kita teringin nak try macam macam tapi kita tak boleh pakai bedal je. tips yg aku dapat, kalau nak beli makanan camneh makesure gerai tu langsung takde jual daging. hotdog segala bagai pon. senang. so memang a few gerai je lah yg kau boleh try. yg jual 'tteobokki' (rice cake), yg jual 'odaeng' (fish), macam gerai yg jual 'hotteok' biasanya tak jual makanan lain. pepandai lah ek nak hidup.



__________________________________________________


Cafe :)


bandar Seoul memang penuh dengan cafe. sana sini cafe. sebab tu ramai retis bukak cafe sebab dorang ada nama dan dah tentu laku. kat sana kalau takat starbucks tu orang tak pandang weh serius. aku lalu manjang 2 3 orang je. cer engko terjah cafe oppa oppa kita, sampai kena tunggu orang habis makan baru kita boleh duduk. (nak cerita full la nehhh) 

okayy. banyak sebenarnya yg aku tak sempat nak pergi. yelaa dengan nak berjalannya, dengan nak redah cari cafe lagi. bukan semua kita jumpa. antara cafe yg aku sempat pergi, hello kitty cafe, Cafe Leeteuk (kona beans), Cafe Yesung (mouse rabbit), HA HA restaurant, alaa HA HA Runningman tu ehhh. tapi aku pergi depan je la untuk amek gambo sebab dia jual ba alip ba ya. hahahaha. nak puaskan hati si Mira yg gila Runningman tu, maka ktorang pon berjalan jauhhh semata-mata nak amek gambar depan tu je. janji dia puas hati, kita pon puas hati. mari gelak HA HA HA HA :p





 


Mak Leeteuk sangat comel okayy. ktorang beratur kot nak amek gambar, dia dah la penat. anak yg femes tak memasal dengan mak pon kena. nasib la dia layan. 



 

kedai HA HA neh memang tak lahhh nak masuk. gambo depan pon dah gambo oink oink (ba alip ba ya) 





 




  


ini kat Mouse Rabbit. semua menu yg kami order tu sedappp. serius sedaap bukan sebab pengaruh Yesung. aku bukan Yesung biased, Mimi yelaaaa. hehehehe. 

sentap kau taw tak sebenarnya hahaha. aku tengah bahan Mimi sebab Yesung takde masa tu. mungkin busy support Leeteuk dan geng Super Junior yg lain sebab dorang tengah buat concert time tu. tapi Yesung neh masih dalam military so setakat support gitu je lah. Mimi pon dah keluarkan ayat pasrah dia, takde anak amek gambar dengan mak je lah. Mak Yesung pon comelss je haaa, baru nak cakap nak amek gambar sekali OMG dgn aku sekali terkejut. hahaha sepantas kilat Yesung masuk dan terus ke kaunter. depan kaunter tu dah terpampang besau besau NO CAMERA. nyampah. 

nyampah Mimi jugak sebab makin terkial2 nampak oppa dia. elok2 nak balik, nak dekat setengah jam jugak ahhh memasing berdiri depan kaunter tu. tapi kau ingat we olls paham sangat la dengan NO CAMERA dia tu. curi2 jugak amek but still cannot post or publish kat mana2 sebab dia masih dalam army. k fine malas dah cerita. tensen ittewww. nasib Yesung, kalau Kyuhyun, aku tido kat cafe tu. k tak kelako. 







 





Hello Kitty Cafe. 



aku datang dua kali. kali pertama dah terkena cake yg tak sedap, kali kedua aku try waffle. okay laaa better than cake haritu dan jauh lebih murah. coffee kat sini tak mahal tak murah. harga standard untuk cafe. rasa pon okay.  



okayyy ini je antara kedai and cafe yg aku boleh share. yg lain aku banyak makan dalam bilik je. bila kita datang tempat macam neh dengan harga secawan coffee 4,500won, kita akan rasa bersyukur teramat sebab dengan RM5 kita boleh makan dan minum dengan kenyang kat Malaysia. RM2 duit kita tak dapat beli apa pon kat sana, bersyukur la nasi lemak masih RM1.20..... 

even orang dekat sana pon tak tahan duduk sana sebab kos sara hidup yg tinggi tapi kita pulak terkial nak pindah duduk sana. haha memang tak lahhhh. datang untuk berjalan dan tengok tempat orang tu boleh laaa. aku pencinta nasi lemak kot. 




p/s : jumpa next entry, part 6 (entry penutup) 






No comments: