Friday, December 12, 2014






kenapa kita shopping secara online? satunya sebab senang. sambil baring pon boleh shopping. satu lagi tak payah nak keluar duit lebih. beli itu, bayar itu je. kalau shopping kat luar, duit minyak/tambang lagi. dah shopping penat jalan pastu kebulur mesti nak makan. tu pon duit jugak.

zaman dah maju, dah kedepan tu guna la yg mana boleh. zaman maju tapi adab takde pon payah jugak sebenarnya. ehh marah pulak tetibe. hahahaha. sebenarnya aku bengang (tak berapa nak bengang memula tapi jadi bengang lepas tu) dgn satu IG Shop neh. ada lah jugak 5 - 6 kali aku beli barang dengan dia.
kalau setakat baki rm4 camtu biasanya orang memang akan selitkan dalam order tu sekali taw, tapi dia neh jenis tak penah bagi pon. tapi aku takde hal la setakat baki camtu *sembang berlagak*

pastu ada sekali neh. aku beli barang, 2 untuk aku, 1 untuk orang (orang kirim) masa mula order tu dia rilek je kata items semua ada. k fine. sampai aku dah bank in pon dia diam je. masa bank in pon takde pape lagi. sekali masa barang sampai dia selit surat cinta bagitaw 1 drpd barang tu dah sold out dan aku diminta utk bagi no maybank sebab dia nak pulangkan duit.

nak dijadikan cerita barang yg sold out tu bukan barang aku tapi barang yg orang kirim. paham eh? tak mahal pon RM20 je. kalau barang aku memang aku bagi je dia duit tu memandangkan dia suka duit aku k fineee. tapi sebab barang orang kan so bagi je la no acc (bukan acc aku sebab aku takde Maybank)

k lepas tu kau baca drama kat bawah neh kejap.





 






drama??? 



dia nak buat drama apa? dah la tak kelakar, poyo pulak acah nak sedekah cam bajet bajet je lah pompuan neh kan. aku punya la tanya dah dua minggu kalau kau ada akal kau mesti inform aku even kau kata internet kau buat hal takleh nak print resit bagai. sebab aku bertanya bukan aku diam kau nak kata kau lupa. 
wasap dah ada bluetick derrr kau baca wasap aku tapi taknak reply. cam kelakar je aku nak bengang pasal RM20 tapi RM1 pon kalau main dengan duit orang pastu bebal tak reti nak bagi tak kose aku nak hadap kau bila dah mati nanti pasal duit boleh buat beli aiskrim je neh. 

yg lagi kelakar bila aku start ceramah baru dia cam panas panas sikit tu yg ada hati nak balas. boleh taknak ngaku salah pulak gelak2 situ bajet cam cool padahal sakit hati baca panjang2. tu tak kelakar lagi. kelakar yg paling last adalah tuan punya maybank acc tu cek sepanjang dua minggu tu cuma ada sekali je RM20 yg masuk dalam acc dia. dia konon taknak pulang duit orang, pastu kena ceramah ehh cam tak boleh blaa je pompuan neh ceramah pastu dia nak acah2 dia dah bagi tapi dalam gaya bongkak so dia drama la internet buat hal laa takleh print resit la dah kau pikir orang lain takleh cek acc dia pulak kalau ada duit masuk??? 

no brain. serius. ini adalah MELAYU. aku kalau beli online mesti cari melayu dulu sebab bangsa sendiri tapi melayu adalah poyo bila tak reti guna otak tu hakikat. sebenarnya aku taip neh bukan dalam keadaan marah pon, ingat nak taip ala cerpen je (pinjam ayat pompuan tu) tapi tertaip karangan SPM pulak. haha. 

aku dah biasa beli online. so tak macam terkejut pon. tapi sebab dia poyo so aku menyampah la. banyak lagi orang2 yg baik budi bahasa dan jujur (even RM1 pon aku kata takyah pulangkan dia sebok nak pulangkan) yg meniaga online kat luar sana. cuma segelintir yg perangai cam taktaw lah perangai apa nak kata. kena kat aku yg dah biasa neh takde la apa sangat. cuba kalau kena kat orang yg baru festime beli online tu? nescaya beliau akan cop semua peniaga online tak boleh dipercayai. 

akhir kata dari aku *sila amek serius eh* tak kira la kerja apa kau buat, jujur kena ada. sebab kau berurusan dengan orang. sama macam aku, bila kerja berurusan dengan orang kau takleh sesuka hati kau merapu. cakap ini tapi buat itu. kalau makanan yg orang order kat aku 3kg daging tapi aku bagi 2kg daging pastu kata 3kg, kau rasa?? esok lusa mati semua kena tanya. kalau tipu sini setel sini takpe. paham eh? nampak mudah. nampak je. sikit ke banyak ke bukan persoalan. persoalan dia kau tulus ke tak. nanti Tuhan tanya bukan aku. harap celik hati. 




p/s : sekian karangan SPM dari saya. harap dapat 4 bintang. 



No comments: