Monday, January 19, 2015
kaki kecam dilarang baca
Assalamualaikum....
hai haii haii.. lama dah nak menaip panjang lebar neh tapi asyik takde masa je.
lagi satu malas nak menaip masa isu tengah panas. nanti mula la ada suara suara sumbang yg mengata "elehhh nak bekap lettewww".
k fine. boleh baca kalau anda seorang manusia yg cool dan berfikiran waras. agak2 kalau kaki kecam orang 24/7 tanpa usul periksa tu harap abaikan je lah. malas aku layan engko. isu apa paling panas sejak akhir2 neh sampai berapa hari berturut2 aku hadap benda yg sama je...
yes isu peluk2 mamat sepet. masa mula2 aku baca tu aku rasa macam kelakar pon ada. tapi lama2 bila isu macam serius gilaaaa tak berani pulak aku nak gelak2. yelaa orang kita neh dah la kaki kecam. kang aku gelak2 tak masal dengan aku sekali dituduhnya keji. serius dowhhh..kang dah kata keji mula la kata baik takyah pakai tudung tak guna la luuuu blablabla like seriouslyyyy?? marahkan orang, tudung yg jadi mangsa? k fine. saya faham sangat.
sebenarnya cerita dia camneh...benda kalau salah tu tetap salah. aku tak menaip panjang lebar neh untuk bekap mamat2 sepet tu sebab kononnya aku taksub kpop. NO okay NO. salah tu satu hal. berDOSA tu satu hal. dah tentu la aku pon tak kata apa yg jadi tu betul. tapi berbalik pada cerita asal, pihak si sepet (yg memeluk) dan pihak si gadis tudung (yg dipeluk dan memeluk kembali) wahhh gituww ayat.... yg sepet tu dah sah sah KAPIR takde halal haram. yg engko dah sah sah ISLAM taw benda tu tak boleh, jadi tugas engko la say NO kat dorang.
tetibe aku rasa nak cerita pengalaman masa aku pergi Korea tu. (acah macam lama sangat je pergi) tapi pengalaman ini sangat berguna dan boleh kita kaitkan dengan isu ni. mostly Korean yg aku jumpa sepanjang kat sana, mereka sangat sukakan skinship. boleh kata tiap hari ada je yg sentuh we olls sesuka hati. kadang dia nak tegur kita je, sampai pegang habis satu kepala aku. biasanya pasal tudung la. dalam subway (train) saja berapa kali aku kena pegang.
masa kali pertama we olls jumpa J Oppa ( our Korean buddy ) masa tu kat Palace. we olls tengah stop amek2 gambar tetibe dia datang tegur "hai Malaysia???" sambil hulur tangan. benda random wehhh. takleh pikir lama la nak respon apa kan. so aku sambut la salam salam kat situ. sembang2 sikit pastu tukar email sebab dia ajak kami amek gambar. lepas kes tukar email tu dia ajak we olls keluar lunch. okay dipendekkan cerita....we olls berbual panjang selepas tu. sembang2 pasal budaya agama kita dan sebagainya.
masa tu la baru aku taw yg tak semuanya dorang taw pasal Islam. dah sah sah bukan agama depa buat apa depa nak kaji lelebih ye dak? melainkan yg betul2 nak taw laaa. memula cerita pasal makanan. dia kata dia taw muslim tak boleh makan babi. masa we olls cakap babi tu bukan tak boleh makan je, sentuh pon tak boleh. sama macam anjing. masa tu dia dah buat muka tanjat kat situ. dia taw setakat muslim tak boleh makan babi tapi isu pegang babi dan anjing tu tak boleh (HARAM) tu dia baru taw. see??
dan banyakkkkk lagi weh manusia kat sana yg kami jumpa, kami borak, yg haram jadah tak paham apa pasal agama kita pon ada. kebanyakkan yg taw serba sikit pasal Islam neh yg jenis berpelajaran, yg jenis suka baca baca neh. bayangkan la pakai tudung tu pon ada makcik tu boleh tanya pakai ni ikut musim ke?? cemana dorang nak taw benda tu wajib kalau tak semua yg pakai kan..
okay berbalik pada cerita perbualan kami dengan J Oppa tadi.....
masa tu tanpa pikir panjang aku pon tunjuk la pandai. kononnya niat nak bagi dia taw la apa yg boleh apa yg tak boleh as a muslim kan. aku pon cakap laaa. sama jugak macam lelaki dan perempuan yg bukan muhrim pon tak boleh sentuh. serius susah gak nak explain bukan muhrim tu apa dalam keadaan english 'rojak' dan aku pon tak paham bahasa korea kan. lastly we olls cakap bukan muhrim tu selain daripada adik beradik kita, darah daging kita. masa tu si Oppa dah buat muka "WHAT??! sooo maknanya you dengan I pon takleh sentuh la?? sama macam anjing??!" (aku translate k apa dia cakap. bertuah dia nak borak melayu dgn aku) HAHAHA masa tu aku rasa cam failed gila nak explain. dia samakan dengan anjing pulak. nasib Mimi banyak membantu bila dia ngok sangat tak paham apa aku cuba sampaikan, Mimi akan cakap bahasa Korea dengan dia.
tetibe dia cakap "sooo that day yg kita shake hand tu berdosa laa??" hahaha and we olls say YES. then dia tanya kalau berdosa nak kena buat apa. we olls cakap mintak ampun kat Allah (dia taw sebut Allah) "just like that???" *sambil buat muka yeryer je engko* ohh yesss our God Maha Pengampun dan we olls explain yg masa tu kita pon terperanjat tetibe orang hulur tangan kan. dan selepas itu dia persoalkan macam mana orang2 Islam ni kalau bercinta? tak boleh sentuh jugak laa? kalau I nak hug tanda ucap goodbye pon cannot la?? so macam mana? serius beku kejap nak explain. seriussss. masa tu baru aku sedar... aku, kita ni semua di level yg mana.
last last we olls cakap kalau nak touch touch lelaki dgn perempuan bukan muhrim tu kena kawen dulu. lepas tu aku nampak dia buat muka pelik terus aku give up. aku rasa dia paham 'bila sentuh je kena kawen'. so aku serahkan kat Mimi untuk explain dalam bahasa Korea dia tu dengan lebih lanjut. masa nak balik tu dia beria nak hantar kita sampai bilik tapi kita tolak cara baik so dia teman kita jalan pergi stesen subway. dia just tunduk hormat dia tu dan cakap byebye. NO shake shake hand NO peluk2 ucap byebye kemain sangat engko. alhamdulillah dia paham dan respek kita. bila dia taw sentuh pon dosa so dia tak hulur tangan dah.
sepanjang jalan masa nak balik tu aku, Mira and Mimi tak habis habis cakap, kalau dia datang Msia, kalau dia lihat sendiri budaya kita, maksud aku kita yg Islam neh, mesti dia rasa apa yg kami cakap tu tak betul atau tipu. sebab kita sendiri pon tak jaga batas kita. tak payah aku cakap lebih, tengok sekeliling dan diri aku sendiri. yg non muslim sah sah taktaw apa, jadi tugas kita untuk bagitaw apa yg boleh apa yg tak boleh. tapi tengok laaaa. kita sendiri pon buat. serius masa tu aku rasa malu jugak dengan diri sendiri tapi at least aku cakap, we olls cakap apa yg berlandaskan Islam. paham tak apa aku cuba nak terangkan kat sini? kalau tak paham sudah! penat aku taip panjang2.
bila pikir balik berdasarkan budaya dorang kat sana (apa yg aku tengok laaa) dan dorang pon bukan paham halal haram tu apa, so untuk letakkan kesalahan tu pada pihak dorang semata-mata pon tak berapa bagus laa. aku bukan BIAS okay. hashtag mohon jangan kecam saya. walaupun aku dengar lagu lagu KPOP tapi aku tak sebelahkan memana pihak. yg salah tu salah tapi be fair. CARA kita tu penting. satu lagi CARA kita menegur tu pon penting. kalau cara kita nak betulkan silap orang tu pon dengan memaki hamun, agak2 yg kapiaq tu pandang kita cemana? kan?
satu lagi....aku tak layan B1A4 dan aku tak penah pergi mana mana konsert pon sebab aku kedekut. yes! untuk keluarkan RM700 dan keatas untuk pergi konsert aku rasa sangat tak masuk akal aku. dah kata pon kedekut kannn kahkahkah.
so amek lah ikhtibar dari apa yg dah jadi. hina hina orang panggil dia keji pon takleh ubah apa. paling buat aku gelak gila bila tengok statement yg kalut semua dok share pasal pompuan minat kpop tak layak dinikahi like seriously??? malaysian ni kelakar engko kena paham. kelakar jenis seram. haha. kalau benci, sekat lah benda2 camneh dari masuk dalam negara kita. dok invite buat apa. bukan depa datang tegegeh pon kan. sekat sekali segala konsert2 tak bermoral tu semua. sebab dorang datang ka tak ka memang takde effek untuk aku.
sekian sahaja secebis luahan hati yg dah nak hampir basi dari saya yg hina ini. aku menaip atas pagar neh tak bekap mana2 pihak. kalau rasa benci meluap-luap jugak, you better find the best doctor for urself. byebye ~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment