Friday, August 21, 2015

cara untuk isi borang nikah (online)






disebabkan ramai yg tanya cemana proses nak isi borang nikah (online) neh, aku explain sekali lah yeh. padahal aku pon menggelabah tak hingat masa nak isi. terkial-kial dah macam apa.


memula sekali sebelum engkorang nak isi borang nikah neh pastikan engkorang dah pergi kursus kawen (yg dah naik harga tuuu) dan dapatkan sijil. kau jangan pergi menonong je pastu sijil ntah kemana. second step, pergi buat HIV pra-perkahwinan kat memana klinik kerajaan. buat haritu, setel haritu jugak. dan HIV test neh tak buat kau demam 3 hari, tak buat kau pitam, tak buat kau nanges dan yg penting dia cucuk hujung jari kau je. aku cubit lagi sakit. maka kurang hajarr lah manusia yg menipu aku tu! mentang2 aku fobia dengan jarum.

okay, setel kursus kawen, setel hiv test, dah boleh isi borang kawen. bakal pengantin lelaki dulu yg kena setelkan borang dia. kena tengok pasangan orang mana. samaada kena amek borang kat pejabat agama ataupun sesetengah negeri yg boleh isi online tu. jangan pakai redah isi sesuka hati.

macam aku, pasangan orang Pahang, dia takde isi online. so dia pergi pejabat agama, setelkan borang dia kat sana dan bagi aku. bakal pengantin perempuan perlu bagi fotostat ic dan fotostat sijil kursus kawen dekat bakal pengantin lelaki. INGAT!!! selagi borang lelaki tak selesai, borang kita yg perempuan neh takkan selesai. so pastikan pasangan korang setelkan borang dia dulu.

bila borang bakal pengantin lelaki dah siap, korang amek dan simpan elok. lepastu dah boleh la isi borang korang pulak. aku nikah SELANGOR so kena isi dekat website ncr.jais.gov tuu . kena daftar dulu yeh. ikut step.

nak dijadikan cerita masa aku nak isi tu, website tak boleh bukak dalam seminggu camtu. kau rasa aku panik tak? mesti la...aku mana penah tak panik. dah la memang kena isi online, boleh pulak takleh bukak. cari gadoh sangat. siap pergi jumpa kadi kat tempat aku lagi padahal dia pon taktaw. hahaha. pastu call pejabat agama dorang cakap kalau tengah kemaskini sistem memang website takleh bukak dalam masa seminggu camtu. so sila tunggu.

aku nak nasihatkan korang yg perempuan ke yg lelaki ke kalau memang kena isi online, isi lah seawal yg boleh. kalau 3 bulan tu tempoh yg paling awal, kau isi je. peduli lah orang kata kau kelam kabut nak kawen ke apa kan. yg penting benda2 camneh setel dulu. macam aku haritu banyak sangat menangguh kerja yelaa dengan musim puasanya raya sakannya. lepastu sementara tunggu borang lelaki setel aku boleh berhuhu bersenang lenang dulu. padahal boleh je pon kalau aku nak isi awal2. saja nak tambah stress aku lettew.

untuk bakal pengantin perempuan, korang perlu ada :

  • fotostat ic korang,
  •  keputusan ujian hiv, 
  • fotostat sijil kursus kawen dan salinan yg ori,  
  • fotostat ic wali, fotostat sijil nikah mak bapak dan salinan yg ori (kalau mak kau lupa letak mana kau paksa dia cari sampai jumpa) 
  •  last sekali fotostat ic dua orang saksi.  

itu sahaja. tak perlu dah fotostat ic bakal pengantin lelaki. aku haritu gelabah menunggu seminggu punya pasal aku suruh tunang aku pos fotostat ic dia. siap paksa pos laju kau jangan memain siapa suruh kawen orang jauh hahaha kang dia baca mesti dia bengang. yela aku stress risau kot2 ada yg tak cukup ke apa kan. bro rilek yeh bro kalau marah takleh kawen hiks :p 

bakal pengantin perempuan perlu isi borang 2c dan 2d. perlu isi maklumat wali dan dua orang saksi (nama, ic dan alamat) selagi borang 2c tak lengkap, borang 2d tak boleh isi yeh kakak2 adik2 sekelian. cek baik2 jangan ada salah eja nama, ic, alamat (masa isi alamat tu takyah tekan 'ENTER'. isi je macam biasa. dah setel baru print. nanti dekat borang tu kena tandatangan, jangan gatal sign lagi. korang kena sign depan kadi kat tempat korang. bakal pengantin perempuan, wali dan dua orang saksi kena sign depan kadi tu (datang sekali yeh). kalau kadi dan saksi tu member kamceng bapak korang so pepandai la kawtim yeh. 

kalau ada memana yg korang tak pasti nak isi, boleh tanya kadi tempat korang tu. macam aku sampai 3 kali pergi jumpa ustaz kat masjid neh haaa. dah la kacak *geleng kepala* 
engko tanya je apa yg tak reti apa yg tak pasti. kalau ada silap kat mana2 nanti dia akan betulkan dan sign kecik kat tepi tu sebelum engko hantar ke pejabat agama tempat memasing. 

dah setel bab tu, mari ke pejabat agama. sediakan RM10. jangan lupa bawak semua borang yg perlu (borang lelaki dan perempuan). jangan lupa jugak bawak sijil kursus kawen yg ori punya dan sijil nikah mak bapak yg ori. dorang nak cek je nanti dorang akan pulangkan balik. sijil kursus kawen tu nanti dorang akan cop masa tu kau kena bayar RM10. paham eh? 

kalau takda pape masalah semuanya akan setel haritu dan kau boleh la hantar balik semua borang tu dekat kadi tempat korang. alhamdulillah selesai walaupun 2 minggu sakit kepala. kenkadang lain tempat lain prosedur dia. so bagi mengelakkan masalah last2 minit neh, ada baiknya korang rujuk pejabat agama tempat memasing kalau ada masalah atau tak paham itu ini. sebab kalau borang tak setel, kau takleh kawen. so kau takleh bedal je ikut cakap orang (ikut cakap aku ke). 

pastikan kau nikah kat mana dan pasangan orang mana. kalau busy takleh nak terus ke pejabat agama, dapatkan contact number dorang boleh call dan tanya. lagi sekali aku ingatkan, selesaikan benda yg penting neh awal. ikut negeri korang, ada yg boleh isi 3 bulan sebelum majlis, ada yg sebulan sebelum majlis. mana2 lah janji jangan tangguh kerja takut ada masalah yg kita tak jangka. clear? selamat mengisi borang dan selamat melangkah ke dunia baru. teruja tak?? :D 






p/s : thanks untuk Tirah (yg jauh di seberang lautan) dan Wada yg banyak bantu aku. kejap2 aku tanya dorang. tak kira la pagi ke malam ke hahaha semoga Allah merahmati kalian. 



1 comment:

Unknown said...

Kau memang funny hihi.. Tp siapa tak gelabah kan.. Kdg teknologi pun x cukup bagus nak mudahkan kerja.. Tapi yelah itu lah gaknye dugaan di darah manis kan.. Hihi U r welcome dear ��..