hai..
lama sangat dah tak update neh. tahun neh tahun yg paling busy antara yg paling busy. boleh paham tak cemana? kalau ada masa free tu kalau boleh nak tido manjang. bebaru neh clearkan semua entry yg tak berguna since zaman hingusan *kahkah* nak delete tu pon makan masa 2 3 hari jugak. mana taknyaaa..nak delete tapi nak baca tapi malu tapi nak tau. sedihnya baca entry 4 5 tahun lepas. rasa nak tumbok diri sendiri apesal aku boleh buat entry camneh ;'))))
okay cukup. sekarang jangan risau. entry yg ada semuanya entry baik-baik je. berbalik pada tajuk utama. last week ktorang pergi Penang (lagi sekali) last year pon pergi Penang kan. plan asalnya Bandung. kau jangan tanya kenapa Bandung sampai ke Penang pergi dia. sembang tak pernahnya betul. aku dah la kesuntukan masa tahun neh. so jalan terbaik, kita pergi yg dekat dekat je.
ktorang masih pilih budget hotel yg sama macam tahun lepas (Broadway Budget Hotel) sebab harga kira okay laa dan dekat dengan semua tempat makan yg kita nak pergi. tahun neh kita pergi 9 orang and collect rm170 setiap orang. duit tu kita buat untuk bayar bilik (dua buah bilik) sewa kereta (sumbat 9 orang) kereta apa ntah sewa haritu Ya Allahhh aku lupa dah. duit minyak, duit tol dan dapat la guna untuk duit makan sesama. makanan yg selebihnya guna duit memasing lah kan. itu pon siap ada pulang baki lagi sebelum balik. hikss.
bertolak hari jumaat malam dan sebab bertolak lambat, ktorang sampai Penang dalam pukul 3pagi. esok paginya gigih bangun awal nak kejar roti canai punya pasal. setahun weh rinduuuu.
Roti Canai Transfer Road
harga dah naik sikit daripada tahun lepas. biasa laaa semua orang nak untung. tapi still okay, aku tak rasa terlalu mahal pon. untuk hari pertama aku pilih roti canai ayam.
korang yg mana nak datang tu boleh waze je mesti sampai. kedai dia berderet tepi tepi jalan.
roti bakar telur cayaq jangan lupa try hokayhh.
disebabkan breakfast macam tak makan sebulan, so ktorang pon buat keputusan kena jenjalan dulu baru boleh sambung misi jjcm seterusnya. tak plan pon nak pergi Bukit Bendera lagi sebab dah pergi last year, tapi trip kali neh Rozila and adik aku Ika ikut, so kita bawak dorang pergi sebab dorang tak pernah pergi lagi.
Sapik, Siti, Me, Rozila, FN, Tiqah, Shahrul Diva
since 2000 till forever
sorry gambar ika takda sebab ika tolong amek gambar.
satu-satunya gambar sorang yg elok. yg lain semua kena kacau. kuaja!
okay dah puas jalan. dah lapar balik. jom nasik kandar ~
masih cari nasi kandar Line Clear walaupun ramai yg kata banyak lagi tempat sedap. hehehe.
next trip aku try tempat yg lain tu pulak.
macam biasa...yg paling best tu aku punya. padahal aku tak mintak pon segala telur masin bagai semangat sangat mamak neh aihh.
last year makan sama camneh RM37.
tahun neh makan RM32 plus telur masin. ermmm..
ini minum petang tau. ini sebahagian je tau. tu belum tengok Siti tetibe tambah cendol satu lagi hahahaha.
kedai femes cendol neh dekat area Komtar.
chee cheong fun kat sini serius sedap.
tak mampu nak order sepinggan. terus order 3 pinggan share 9 orang.
benda benda camneh biasa la ika tak makan. sebab macam kuey teow. mengada!
cendol white coffee dia punya sedap macam nak nanges.
sedap gila pon semua semangkuk je. siti sorang selamber bedal 2 mangkuk. sebab tu dia yg paling mabuk kat situ hahaha
rojak pon sedap, ika order dua kali. kihkih.
Ayu Mee Udang
RM15
ada 3 ekor udang besar2. ktorang masa neh mabuk cendol lagi. so makan sepinggan share berdua.
puas hati la RM15 pon tapi banyak dan yg penting sedap.
sekarang rasa nak order sepinggan makan sensorang sebab tengah lapar. hahaha >___<
menu makan malam.
"ADAM Char Koay Teow"
tu nama kedai dia. area Permatang Pauh. yg neh tak guna waze pasal kawan aku dulu study sini so dia memang dah tau jalan. aku rasa korang boleh waze char koay teow permatang pauh tu. dekat area UiTM.
kedai neh sentiasa penuh. masa ktorang sampai tu siap kena berdiri tunggu orang habis makan.
rasa memang sedapppppppp nyesal jugak tak makan sepinggan. masa neh pon makan share lagi takut tak habis padahal sedap gila. sepinggan besar tu RM5 je weh. tu saiz besar tu. next time memang kena datang sini lagi.
masa neh kenyang penat mengantuk semua ada. mau taknyaaa semua pulun satu hari sebab esok dah nak balik. tu pon lewat malam tu dorang plan nak ke nasi kandar beratur lagi. nasi kandar beratur area hotel aku tu je. jalan kali 10 minit. start pukul 10 malam. memang tak laaa aku nak bangun sebab balik bilik tu aku tertido. sampai kesudah tak bangun.
tapi dorang neh gigih jugak bangun. si ika nak sangat rasa. Siti pon sebab dorang tak rasa lagi. aku tersedar pukul 3pagi tengok semua tengah tido kekenyangan nasi kandar. buktinya gambar2 dalam Instagram dorang. kihkihhh. aku, FN dengan Rozila memang tido tak sedar diri dah. Shahrul, Sapik, Tiqah, Siti dengan Ika je yg pergi. Shahrul dengan Siti tu walaupun badan sekeping tapi selera dorang homakkkaihhh. sebab tu kalau nak jjcm mesti kena ada dorang neh. takyah risau kalau makanan kau tak habis selagi dorang ada mesti setel. hiks ;)
esoknya (hari ahad)
breakfast tempat yg sama again. sebab kali neh nak roti canai daging pulak.
plan nak lunch kat Padang Kota before balik tapi kedai area situ semua tutup. tak sure memang dah tutup atau dorang cuti ke apa. tak dapat la FN mee sotong kat situ. bawak hati sampai tak selera nak lunch dah. dia sorang je la pon yg tak selera. yg lain semuanya lunch. stop dekat RnR Tapah untuk solat dan lunch sebelum bertolak balik.
sampai rumah pukul 5.40petang dan aku terus kerja. happy sangatttt -__-
jumpa lagi Penang. next time insyaAllah :)
No comments:
Post a Comment