Saturday, September 27, 2014

Trip to Korea (part 1)









hellooooo ~ 
haiii Im backkkk. 

sebenarnya aku mengalami kebuntuan cemana nak susun entry 'Trip ke Korea' neh. gambar sahaja pon dah beribu. nak sumbat dalam blog haruslah susun dulu takkan main sumbat semua. 

memang tak boleh nak buat satu entry je lah memandangkan aku pergi sampai 17hari like seriously??? *buat muka terkejut* 

so bagi mengelakkan aku pening dan engko yg membaca double pening, aku kena buat part by part. 
ayuhh mulakan entry Part 1!! (ngko tak payah nak ayuh sangat) 
sebagai entry pertama, aku cuma nak terangkan serba sikit tips serta bajet aku ke sana. ajet-ajet (bahasa budak sekolah) je aku siap nak bagi tips padahal baru festime pegi. kahkahkah. 
17hari bro, even aku bebal duduk sana sebab otak tak bercambah (nanti aku cerita kenapa) tapi at least mana mana tips yg berguna tu korang boleh la pakai. 


okayyy jom. 
aku pergi 17hari dengan kengkawan zaman aku sekolah rendah dulu. untuk yg bertanya "Aleya, awak pergi sana dgn agen ke??" jawapannya adalah "TIDAK". kami pergi pakai redah je. nak pakai redah pon haruslah kami survey dulu. takde la pakai bodoh-bodoh redah lepastu apa pon taktaw, lari balik Msia ler. ehhhhh apa Aleya cakap neh....Ya Allah jangan bahan orang boleh? hiksss maap.  

first, kalau kau (lagi-lagi yg festime tu) nak travel jauh maksud aku keluar dari Negara kau, benda pertama kau kena cari adalah 'apa yg menarik kat sana'. ini adalah pengalaman pertama aku merayap paling jauh. even nak buat roadtrip ke Melaka yg sejengkal tu pon berhari-hari aku survey apa yg best kat sana. jangan redah menge-lembu je. dan jangan kata "I tak minat KPOP laaaaa so I malas hamek taw pasal Korea" okayy you dengan you punya malas dah boleh bungkus baju balik Msia,. ehhh terkata lagi. hiksss. 

okay camneh laaa. dalam bahasa mudah pahamnya....kau nak berjalan jauh, kau kena taw serba sikit apa yg ada kat sana. kenapa nak kena minat KPOP baru boleh visit Korea? itu stupid! we olls memang minat, tapi kami tak datang sebab KPOP. kami datang sebab nak tengok tempat orang, nak merasa makanan dorang (even banyak gila benda tak boleh makan), nak belajar budaya dorang (walaupun bunyi cam poyo nak belajar budaya orang konon) banyak tempat kita boleh pergi. 
kalau kami datang nak kejar KPOP semata baik aku beli tiket concert je lepastu balik. nak buat apa duduk sampai 17hari beku kat situ. 

lepas dah survey (buat list lagi bagus) tempat mana yg korang rasa nak pergi, korang kena cari cemana cara nak pergi situ. harus! melainkan kau ada bapak angkat kat sana yg boleh usung kau kemana saja kau nak pergi. kalau kau takde sape sape kat sana sila jangan banyak cekadak sebab pengangkutan utama kita kat sana adalah SUBWAY (train). 9 stesen bro, I ulangggg 9 stesen. ini salah satu punca kenapa aku bebal kat sana. sampai balik pon aku tak mampu nak ingat, tapi kalau kau nak pergi kena la study sikit sikit. kau kena taw tempat kau nak pergi tu kena naik subway line berapa then exit berapa. line lain, exit lain. setiap line pon ada banyak exit. kalau kau dah naik line yg betul tapi kau salah exit, pon boleh buat kau sesat. paham ek?? jangan susah hati sangat pikir pasal subway neh sebab dah sampai sana nanti kau akan paham sendiri. 

satu lagi benda yg kau kena amek berat adalah 'pakaian'. kenapa aku kata benda neh penting? sebab rutin harian kau tetiap hari adalah berjalan dan berlari turun naik tangga. kau jangan harap 9 stesen subway tu kau boleh berlenggang dengan tenang. orang kat sana yg dah tua bangka terbongkok pon masih naik subway. subway adalah pengangkutan utama mereka dan kita kat sana. seawal 5.30pagi dorang dah berebut nak naik pergi kerja. so kalau kau nak perasan diva dengan heels kau tapi nak naik subway berlari turun naik tangga (bukan sekali kena turun naik tangga) dah boleh bungkus baju balik rumah :) 

so bagi mengelakkan kau menyusahkan diri sendiri serta kawan-kawan yg ada, sila pakai pakaian dan KASUT yg sesuai. yg senang nak berjalan. orang takde masa nak tunggu kau merengek sakit kaki siap nak tukar kasut 2jam sekali. apakah? mesti tertanya-tanya kannn?? hahaha. okay lah okay lahh taknak la sindir sindir tak baik la Aleya neh. 


persediaan awal : 

  1. survey tempat... booking tiket flight bawa pakaian yg sesuai, senang nak berjalan ( jangan lupa check musim ) 
  2.  bawa makanan secukupnya sebab kat sana adalah sangat susah nak jumpa makanan halal. kalau jumpa pon mesti mahal. kalau kaya dan banyak duit takpe. untuk yg duit cukup-cukup je tu, aku nasihatkan BAWAK MAKANAN (sardin tin, maggi, dll) 
  3.  kalau nak bawak rice cooker lagi bagus sebab banyak duit boleh jimat. kawan aku bawak rice cooker, so yg lain lain bawak makanan dalam tin, beras pon kami bawak sikit (tapi tak cukup). beras boleh beli kat sana (3kg 14,000won) 
  4.  jangan lupa bawak ubat. (panadol, minyak cap kapak, dll) 



okay itu antara persediaan awal. nak cerita bab bawak makanan tu, terus terang kami banyak save bajet sebab kami masak sendiri. biasanya aku bangun awal pagi lepas subuh tu (subuh awal okay dalam pukul 4pagi) terus masak siap siap. bila pagi kita dah kenyang, kita ada tenaga nak jalan lama. selalunya pagi aku masak nasik goreng (guna perencah je senang). bila dah kenyang, boleh jalan sampai petang. petang balik bilik, rehat dan malam baru aku masak pulak. pepandai sendiri la cemana nak uruskan tekak memasing. tapi takde la masak memanjang, sesekali tu kena makan kat luar jugak. cuba makanan dorang, kena survey dulu tempat mana boleh makan. jangan pakai bedal je. bila dah survey semua sampai yakin, sampai guna minyak apa pon kami pergi selongkar baru kami makan. lepastu ada orang komen "ehh HALAL ke tuuu??" sentap kan? okay sentap!  



bab makan kat luar neh nanti aku explain dalam entry seterusnya.
okay rasanya persediaan awal itu je kot. yg bertanya "cemana nak beza nilai duit won dengan RM yehh?"
okay yg ini bergantung kepada Currency masa exchange duit. masa aku tukar tu, 1,000won = 3.175 tapi kalau kau nak senang paham, 1,000won tu lebih kurang RM3 dan sebenarnya 1,000won tu nilai kat sana macam RM1 je. sebab apa aku kata macam RM1?? sebab 1,000won tu cuma dapat beli air mineral. paham eh???


okay harap clear la segala penjelasan di atas.




WELCOME to KOREA ~





 



aku bertolak pada 8hb Sept (pukul 8pagi waktu Msia) 
perjalanan makan masa dalam 6jam. dalam flight takde benda lain yg kau mampu buat selain tido. 
sampai Incheon Airport dalam pukul 3petang (waktu Korea) waktu kat sana cepat sejam je dari Msia, so kau jangan acah acah jetlag sangat tampaq satgi. 



kami datang berempat, yg depan sebelah kiri tu kawan baru kenal dalam flight (Indonesian) terus jadi kawan sampai sekarang :) 




Incheon Airport besar okay sampaikan nak kutip luggage pon kena naik train. tapi kau tak terasa penat berjalan sangat lah. setel semua hal kat airport, terus pergi beli T-Money. T-Money tu macam kad Touch&Go jugak. ibarat 'nyawa' kau sepanjang kat sana sebab naik subway, taxi dan bus boleh guna T-Money. jangan buat perangai nak bayar cash pulak, takde siapa nak tunggu kau nanti. kita kena pantas okayyy pantassss. 



 


festime naik subway sangat tenang wehhhh, tercari-cari mana orang sepet, rupanya time aku datang tu dorang tengah cuti sempena Chuseok (pesta menuai) 
patut la tenang je rasa. lepas habis cuti memang harapan la aku nak dapat duduk dalam subway. 


terus pergi Guesthouse dan berehat je sebab sampai pon dah dekat 6petang. sana pukul 6petang pon dah gelap sebab maghrib awal, dalam pukul 6.30petang. 

okay setel entry pertama tentang 'persediaan awal' dan 'bajet perbelanjaan' aku sertakan kat bawah neh okay. 





bajet perbelanjaan : 


  1. tix flight (pergi-balik) : RM1400 
  2. Guesthouse sepanjang 17hari : RM650 (deposit) + RM750 (balance) = RM1400 (satu kepala) 
  3. duit belanja yg aku tukar adalah RM2000 - RM750 (baki duit guesthouse yg kena bayar) = RM1250 

* maknanya duit belanja aku sepanjang 17hari kat sana adalah RM1250 (ini adalah termasuk duit T-Money, duit makan dan duit shopping) aku pon macam tak percaya mampu hidup 17hari kat sana dengan duit yg tak sampai 2k tu. 

untuk entry yg seterusnya nanti baru aku cerita ke mana aku pergi, dan macam mana aku dan kawan-kawan uruskan duit yg seciput tu sampai 17hari. next entry tawwww next entry. harap bersabor, pening susun gambar neh. hahahaha. 





p/s : jumpa lagi dalam entry yg seterusnya. muah kiri kanan. bye ~ 






3 comments:

Cik Mimie said...

Tak sabar nak baca next entry alya padal korea ni..huhu..knl kita x?

aleya anuar said...

kenal laaaa Mimi. thanks baca blog kita :)

Unknown said...

assalam... boleh kita whatsapp? saya nk tanya pasal trip gak sbb saya kat saya pun nk g redah sendiri ke korea hujung bulan ni... 0126971466.....