Friday, October 3, 2014

Trip to Korea (part 3)








hai.

kali neh nak bawak korang pergi Myeondong. awal awal pagi lagi ktorang berebut naik subway.





   



disebabkan gelabah sangat berebut nak sampai awal, memang awal sangat lah pon aku sampai. kedai pon ada yg tak bukak lagi. heh. kalau masuk pukul 11pagi dan ke atas, memang sesak lah kawasan neh. kiri kanan semua kedai untuk shopping itu ini. senang cerita dari hujung rambut sampai hujung kaki haaaa gituw. 


plan asal, hari pertama datang Myeondong neh untuk survey je. nanti before balik ktorang akan datang lagi sekali untuk beli apa yg patut. tapi aku kan bangsa tak boleh kawal nafsu (bukan aku je semua pon sama) 
terus beli 10 helai T-Shirt kahkahhhh. hari kedua dah bantai shopping macam bawak juta juta je duit belanja kan. lepas tu terus "ehhhh apesal duit aku dah sikit neh?" hamekk kau. 

tapi ada bagusnya jugak beli awal2 sebab kalau tak beli awal nanti, mau tak beli jugak sampai balik sebab terguna duit untuk benda lain pulak. duduk sini kau memang takkan sedar kau keluarkan duit. yg aku sedar tetibe ehhhh dah habis dah?! haa camtu la. 
at least bila dah beli awal, takde la aku tercicir apa yg penting. t-shirt 10 helai tu pon untuk orang2 penting je. dalam rumah aku saje pon dah 7 helai. memang tak laaaaaa aku nak layan orang yg tetibe "Aleya tolong belikan t-shirt tawww nanti balik I bayar". sorryy I duduk sana lama taw, even 1,000won pon sangat berharga. kalau semua orang aku nak layan memang makan batu la aku kat sana. air tepi jalan pon 4,000won kau baayangkan...kalau convert duit kita memang tak beli la aku. siapa yg kirim duit untuk t-shirt tu baru I layan. very the sorryyy.  


okay senang cerita, hari ketiga aku kat sana aku dah setel beli semua souvenir. kena pandai tengok jugak, kalau dekat area sini (myeondong) aku rasa t-shirt lawa. nampak macam lebih kurang sama je kat mana-mana pon. dekat Namdaemun market lagi murah. 3helai 10,000won kau boleh dapat tapi aku tak suka sebab nampak kain macam tak lawa. so aku beli semua t-shirt dekat Myeondong ada satu kedai nama .. aku beli semuanya kat situ sebab nampak cantik je. tapi tak dapat la harga borong 3helai sekali. kena beli selai selai. tak kesah la janji puas hati kan. 

kalau souvenir lain macam keychain blabla tu semua kat mana-mana market pon lebih kurang je aku rasa. setel beli semua baru la aku boleh senang hati even masa tu ada jugak susah hati memikir cemana nak hidup lagi berbelas hari kat sini. hahaha yelaaa sekali shopping camtu memang nampak banyak bajet lari. padahal segala bajet aku dah atur. tak lari bajet pon sebenarnya, cuma aku beli awal je. kalau ikut plan, beli sebelum balik. mana mana pon sama je sebenarnya. 
















aku jumpa nehhh kat Myeondong. siapa tengok Exo Showtime mesti taw benda neh. yg Tao kemain suka tu. ktorang pon kemain nak try padahal tak sedap. tak sedap sebab manis sangat. macam kunyah gula semata. kalau orang yg suka manis, suka la benda neh. patut la Tao manis, ececehhh :D 






  


hamek kauu. balik bilik baru terkejut, banyak jugak aku beli. hehehehe. 





___________________________________ 







sebelum datang sini, ktorang dah buat jadual siap siap taw. 2 hari berjalan, sehari rehat. pengsan la nak jalan tetiap hari. kalau kau jenis gigih kuat berjalan takpe la. so hari keempat kat sana adalah hari berehat dan merehatkan otot otot aku yg penat turun naik tangga berlari bagai. 

kebetulan kawan aku si Mira neh ada kenalan kat sana. Dr.Huda. suami dia kena tukar kerja kat sana, so dia duduk sana la sementara suami dia bekerja kat sana. Dr.Huda neh baikkkk. dengar je ktorang nak datang Seoul, kalut dia ajak datang rumah makan makan. eeee malunya titeww tapi titeww suka kalau bab makan hahahaha. disebabkan harini  adalah hari rehat kami, kami pon decided nak ke rumah Dr.Huda masa neh. dia jemput untuk dinner siap tanya nak makan makanan melayu ke korea. semua nak makanan korea. dah tentu boleh makan tanpa was was. hiksss. 








comel gila rumah diaaaaa. very the korea. view cantik, dapur comel. sukaa :D








   

banyak gilaaa kot dia masak ya Allahhh. dah la sedap. serius sedap, aku sampai mintak resepi. jaga laaa sikit hari lagi aku masak jugak camneh. hentam pon hentam la janji nak try. 








okay ini nama menu menu tadi. Dr.Huda dah edit siap siap.



 


dengan tak malunya aku makan macam rumah kakak aku je. hekhekk. Dr.Huda neh dah laaa baik sesangat. rupanya dia memang suka jemput orang datang makan makan kat rumah dia. mudah-mudahan murah rezeki sekeluarga. 




 


tak dapat pergi Jeju, dapat cekelat Jeju pon jadi ler.  




 


Mira dan Dr.Huda :) 








    


dua ketul yg comel tu anak-anak Dr.Huda. mulut potpet kemain ramah bersembang. comelss sangat. 
sooo hari 'berehat' pertama kami kat sana sangat tak membosankan. berehat tapi still ada benda nak buat. malam tu balik guesthouse dengan senang hatinyaa :) 









____________________________________________  





hari seterusnya (hari Jumaat) kami memang plan nak pakai baju kurung taw. kemainn sangat padahal kalau kat rumah tu hari raya pon malas pakai baju kurung. 




 


eksaited like always 




 


location kita hari ini adalah ke Changdeokgung Palace. tiket masuk palace (3,000) + Secret Garden (5,000) so semuanya 8,000won. secret garden tu ada orang yg akan guide kau dalam tu. takleh jalan sendiri sebab tu kawasan untuk golongan raja raja dorang je. kalau taknak masuk pon takpe. masuk palace sahaja 3,000won je okay. aku masuk dua-dua :) 




 

tu aku bukan buat gaya bebas, aku tak ready lagi dah snap dah. dasar betui! 


 


okay ready :D 








   





  



 


cantik kann?? aku suka datang tempat tempat gini. suka tengok senibina dengan ukiran semua tu. 






 



okay dah masuk 'Secret Garden'






 


Unnie (kakak) tukang guide ktorang masa masuk 'Secret Garden' 

aku ingat boleh ahh jalan jalan santai macam kat Palace tadi tu. sekali hamek kauuuu. hiking kot. panjat bukit turun bukit. kahkahkah pakai baju kurung sangat tapi steadyy laa. Unnie pakai hanbok lagi. comelss. 




sepanjang jalan kat situ kan, memang we olls jadi perhatian lah. satunya sebab tudung. yg tu tetiap hari tak reti nak jawap dah aku. harini kemain berbaju kurung. lagi la orang dok perati je. so aku kena rerajin senyum. 



 

sepet neh yg aku kata dok perati je dari awal. bila ada chan nak bercakap terus dia tanya "Malaysia??" haaaaa. okay sembang blablabla. lega sikit pasal dia boleh cakap english walaupun aku poyo poyo macam terer tapi paham la jugak dari dok sayosani sayosini aku nganga je. dia sembang dia selalu travel sana sini tapi tak penah pegi Malaysia lagi. so teringin nak kenal orang Malaysia blablabla okay we olls pon percaya. ajak amek gambar semua mintak email okay dah. bye. 




 

this is sepet's family. melonjak-lonjak keriangan berserta keterujaan nak bergambar dgn we olls. kahkah ajet ajet je ngko neh Aleya. tapi cam biasa ahhh retis haruslah layan kan. haha k jangan la nyampah, memain je pon. 



 


 

this pict from sepet's camera. mintak email sebab nak kasi gambaq rupanya. ok tenkiu. 







 


selesai panjat bukit hampir sejam setengah, dah pon sampai pintu keluar. lenguh gila kaki aku tapi best. rehat kejap tepi jalan sebelum sambung berjalan ke 'Hanok Village'. 






_______________________________________




Hanok Village 




 

difahamkan rumah rumah tradisional neh masih diguna. ada tuan rumah, ada penduduk. so takleh buat bising. amek gambar diam diam. 

ini antara tempat yg aku nak sangat datang. siapa pernah tengok 'Hello Baby (shinee)' tu mesti taw pasal rumah neh. eksaited itteww. 






lebih kurang je sebenarnya ukiran bentuk dengan Palace tadi. aku suka dua dua. dua-dua lawa, klasik, cantik. banyak sangat gambar kat sini tak larat nak share semua. 


 jalan punya jalan sampai nak balik tu tak larat sangat dah nak jalan ke subway station. tahan taxi lah cerita dia. tapi sampai subway station je lah pastu kau sambung la jalan turun naik tangga lagi. nak bawak sampai guesthouse berdarah ler kat situ.

fuhhhh suka tak dengar cerita kita? hahaha. mengadanya lahai. nanti sambung lagi kat entry seterusnya okay. asal ada masa free je aku terus tarik laptop dan menaip. bila tak sempat siap, save draft dulu, ada masa sambung balik. betapa gigihnya harap-harap aku tak malas macam selalu. hiksss :D



p/s : jumpa dalam entry seterusnya. bye ~ 


1 comment: